GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.
"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.
Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.
"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."
Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.
"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."
"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."
Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.
Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.
Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. Harakahdaily/-

18 ulasan:
saman trafik sedang berleluasa untuk BN menindas rakyat.
rakyat di malaysia sekarang sedang dizallimi Najib,UMNO dan BN dengan cukai keterlaluan....
semua negeri dan rakyat dibawah pakatan rakyat sedang dizalimi najib..
najib hanya membantu koperat tapi rakyat bawahan sengaja dibiarkan hidup susah dan ditindas BN
sama-sama kita doakan tumbangnya BN PRU13
dah 52 tahun UMNO menzalimi rakyat malaysia, tolak BN sokong pakatan rakyat
semoga BN dan UMNO berkubur tanpa nisan dimalaysia
pemerintahn BN rasuah pemimpin BN halal tetapi orang lain haram
bersama kita aminkan doa TGNA tumbangnya BN.
minyak kualiti rendah RON95 dijual harga mahal berbanding harga asal RON97 juga menzalimi rakyat malaysia
najib sedang menzalimi rakyat bawahan dengan kenaikan insuran keterlaluan kenderaan lama yang diguna oleh rakyat berpendapatn rendah dimalaysia
ada lagi.. GST yg nak dilaksanakan nanti jugak akan bebankan rakyat..sbb golongan mcm petani, nelayan pun kena cukai jugak..main pukul rata... - Neo
Salam,, sya harap tgna doakan sama rakyat palestin yang sedang ditindas israel sana,,kerana doanya mustajab,,saya hairan kenapa sekarang baru nak doa beri royalti kepada kelantan,, sedangkan dah perintah kelantan dah 19 tahun,, patut dulu lagi dah doa,, masa Tun Mahathir lagi..atau pun kantong negeri kelantan dah tak berapa banyak dahh..
Mari kita lihat sapa yang kena!
Moga Allah makbulkan doa-doa agar yang benar terbukti. Insyaallah.
Bab doa jatuhkan PM dan BN ni bukan baru sekarang. Dah lama dah... Sejak PAS ditubuhkan lagi... Doa hanya senjata orang mukmin. Kalau senjata tumpul mana nak lut.. Oleh itu pastikan senjata ini benar-benar tajam. Caranya tambahkan taqwa dikalangan orang mukmin dalam PAS. INSYAALLAH.
salam YB..sokong TGNA sokmo...
biap pi lah PiEm Najib bermahrajalela serta angkuh dengan kerakusan kuasa dan kezaliman terhadap agama dan rakyat.Doa kebaikan pun dia tak endah.Ingatlah Allah tidak akan tolak doa mereka yang dizalimi.Doa adalah senjata mukmin.Takkan tak ada seorang pun dikalangan yang dizalimi melainkan doanya dimaqbulkan Allah.TUNGGULAH SAAT KEJATUHAN DENGAN BENDERA BN RANAP KEBUMI.Amin
yang paling menyayat hati adalah penghutang kad kredit caj faedah bulanan amat tinggi sehingga pengguna kad kredit tak mampu nak bayar duit pokok ia hanya mampu bayar minimum payment iaitu kadar faedah sahaja ia caj gila-gila, patut adik Najib keluar dari senarai 10 nama orang melayu yang paling terkaya di dalam Malaysia.
Catat Ulasan