27 Disember 2009

Bantuan Kifalah untuk semua yang mendaftar

9 Muharram 1431H

ALOR SETAR, 25 Dis: Skim Kifalah atau pun khairat kematian yang akan dilaksanakan pemberiannya mulai Jan 2010 sebagai bantuan segera kepada rakyat miskin akan turut memberi tumpuan kepada semua golongan miskin, semua kaum dan warga emas.

Namun begitu, menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan e-Sinar iaitu satu program membasmi kemiskinan.

"Selain daripada itu bantuan akan turut disalurkan melalui senarai yang telah diberikan oleh penghulu, wakil rakyat dan juga Majlis Ketua Kampung atau komuniti.

"Bantuan akan disalurkan hanya melalui pendaftaran sahaja bagi membuktikan individu tersebut adalah layak untuk menerima sumbangan tersebut.

"Projek Kifalah ini juga merupakan projek pertama Kerajaan Negeri yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan bagi membuktikan kita benar-benar memberi komitmen untuk membantu golongan miskin yang memerlukan di negeri ini," kata Azizan.

Menurut beliau lagi skim ini tidak harus ditumpukan kepada golongan miskin sahaja sebaliknya ia harus merangkumi warga emas yang kurang berkemampuan.

Bantuan sebanyak RM500 yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri itu adalah bagi membantu pengurusan jenazah.

"Satu unit dibawah Perbendaharaan Negeri akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi menguruskan segala pembiayaan kewangan, perbelanjaan dan urusan yang melibatkan skim Kifalah ini bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dengan sistematik."katanya lagi.

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Alhamdulillah, Islam yg dibawa Muhammad Rasulullah SAW rahmat kepada semua, termasuk Melayu PAS, PKR dan Umno (walaupon Ngok) Cina, India, Siam dan lain-lain.
Ini 'BUKAN SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL ATAU PAS' kerana Kerajaan Kedah faham, duit yg dia dapat tu dari rakyat(pembayar cukai) dan untuk semua rakyat, Bukan macam UmnoNgok yang anggap duit rakyat sebagai cukai kepada Umno, (perangai sama macam tuan dia, British)lepas tu cukai tu akan di bahagi dua, satu (jumlah yg besar) untuk kroni dan selebihnya sebagai wang ehsan kepada rakyat...

'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL' ...aku tengok kat England dan Amerika Syarikat tak ada pernah tertulis dan ada papan tanda di pacakkan di mana 2 yg ditulis "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN KONSERVATIF' ATAU 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BURUH'
ATAU KAT AMERIKA
"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN REPUBLIKAN' ATAU 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN DEMOKRAT'...
Itulah mentaliti UmnoNgok/PEKEMBARaSUAH
yg sentiasa merasakan rakyat sentiasa TERHUTANG BUDI PADA MEREKA SAMPAI MATI walhal kalau org yg cerdik mesti bertanya siapa yg ada/wujud terlebih dahulu...rakyat ke yg ada dahulu, atau Umno yang ada dahulu..

Rakyatlah yg memangkah mereka, jadi sepatutnya mereka berterima kasih dan terhutang budi kepada rakyat kerna memeilih mereka, bukan sebaliknya.

Ini 'KACANG LUPAKAN KULIT'
Jadi bagi org yg lupa asal usul ini baik dalam pilihanraya ke 13 nanti kita kuburkan mereka, sebagaimana cerita Si Tanggang yang tak tahu asal usul

Di Amerika dah ada "CHANGE WE CAN"
Maka di Malaysia apa salahnya kita pon buat
"CHANGE WE CAN"
Insya'Allah. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

Semoga panjang umur krajaan PR Kedah