Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong meneruskan aktiviti Ziarah-Bantuan (Z-B) apabila lima pesakit lagi menerima bantuan ala kadar, iaitu tiga di Kampung Gua Badak dan dua di Kampung Sumpitan.
Mereka yang menerima bantuan terdiri daripada pesakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan lain-lain, di mana kesemuanya warga emas.
Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan itu, berkata PAS komited dengan program seumpama itu kerana ia adalah kerja-kerja kebajikan yang wajar menjadi antara agenda utama perti.
Katanya, PAS sangat prihatin dengan nasib pesakit-pesakit tanpa mengira sama ada warga emas atau sebaliknya, juga tanpa mengira fahaman politik kerana penyampaian bantuan tidak bertujuan meraih sokongan.
"PAS Lenggong akan meneruskan agenda menziarah sekali gus memberikan bantuan kepada penduduk yang mengidap penyakit tanpa mengira musim dan tidak bertujuan meraih sokongan.
"Kita akan sampaikan bantuan pada bila-bila masa saja, tidak hanya menunggu musim perayaan, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya sepertimana sesetengah pihak," katanya.
Razman berkata, penerima adalah pesakit yang kebanyakannya warga emas, sehubungan itu mereka perlukan perhatian dan perlukan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang mereka dan keluarga hadapi.
Katanya, bantuan yang mampu disampaikan sesuai dengan kedudukan PAS (Perak - Lenggong) sebagai sebuah parti yang bukan pemerintah, bagaimanapun nasib warga seumpama itu mungkin akan lebih terbela sekiranya PAS berkuasa.
2 ulasan:
buatlah kerja amal hanya kerana ALLAH, barulah ada kekuatan ummat. tak perlu nak disiarkan, hebohkan, kesian pada penerima, bangga pada pemberi.
tangan yang memberi lebih baik dari menerima...kadang2 penyiaran bukan bermakna untuk berbangga cuma sekadar sikologi kepada kawan dan lawan agar lebih mengusahakan gerak kerja yang sama,tidak hanya mengumpul kekayaan diri dan keluarga,sebaliknya diusahakan agar mana2 institusi masyarakat turut menerima bantuan,kalo kesian kat penerima p la bagi plak bantuan dari peribadi tanpa nama diatas,baru la boleh ulas beb...kalo tak lebih baik silent ulasan tu dari komen...
Catat Ulasan