27 Disember 2009

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said

9 Muharram 1431H

KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sungguh berasa hairan sekali kerana apa saja yg dibuat oleh parti lain semuanya salah belaka...

bagi saya itu perkara biasa bagi setiap parti politik untuk berkempen......

saya bukan pro-kerajaan malah saya bukan ahli mana2 parti politik di malaysia ini...bagi saya semua parti polotik dalam malaysia ini sama (politik is money).......

apa tujuan sebenar anda menulis artikal ini....bukankah ia bermotifkan politik semata2..
sedarlah saudara dan janganlah beranggapan apa saja yg dibuat oleh org lain (parti lawan) semuanya salah belaka dan apa saja yg anda buat semua betul......

saya sungguh amat kecewa apabila ada kenyataan menyatakan undi pas masuk surga & undi umno masuk neraka.... siapa yg memberi jaminan ini....bukankah urusan surga & neraka itu urusan allah....

sebagai seorang muslim saya rasa umno dan pas telah diperalatkan oleh parti yg bukan memperjuangkan islam.....sila rujuk setiap demo yg dilakukan oleh mana2 parti politik bukankah hanya kita org melayu/isalm yang berada dijalanan...manakala bangsa lain bertepuk tangan melihat kita sesama melayu/islam bergaduh....

semoga allah merahmati kita sebagai islam di mika bumi ini.... w,salam

Tanpa Nama berkata...

saudara, sebenarnya saudara ni bukanlah muslim sebenar. saudara islam hanya warisan sahaja. seorang islam akan terus menerus mempertingkatkan keimanan dengan mengaji dan belajar ilmu-ilmu islam. dengan hanya membaca kitab atau buku-buku kita tidak akan dapat intipati roh islam yang sebenarnya. apabila saudara kata kecewa dengan kenyataan undi pas masuk syurga dan undi umno masuk neraka, saudara perlu berfikir secara halus dan mendalami kenyataan tersebut. saudara akui tak kalau seseorang itu tidak mengikut lunas2 islam mereka akan masuk neraka? saudara percaya tak kalau seorang yang mengaku dirinya islam tetapi tidak inginkan hukuman islam dilaksanakan itu kufur dan akan ke neraka jua? saudara percaya tak kalau seorang muslim wanita yang tidak menutup aurat itu berdosa dan akan disiksa di neraka? seseorang yang redha pemimpin yang tidak islamik dan sekularis jua mengundang dirinya ke neraka. fikir semula kenyataan tadi. muhasabah dirilah.