27 Disember 2009

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'

9 Muharram 1431

Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu dato' terima memorendum itu saya sure dato' akan klh dlm pru13..

hafizzuddin berkata...

Ingatlah.... jangan jadikan krisis Perak berlaku di Selangor pula, jangan khianati Pengundi yang mengundi pada 8 Mac 2008. PAS Pusat harus bertindak segera memberi nasihat sewajarnya kepada PAS Selangor sebelum nasi menjadi bubur!


JANGAN KHIANATI KAMI!: PESANAN UNTUK PESURUHJAYA PAS SELANGOR DAN KEPIMPINAN PAS PUSAT

Rayuan Pengundi Selangor 8 Mac 2008

Tanpa Nama berkata...

patut juga desak UMNO keluar dari BN dan bubar UMNO serta semua masuk PAS

Tanpa Nama berkata...

desak juga semua ahli parlimen UMNO masuk PAS

Tanpa Nama berkata...

pas juga patut buat perhimpunan desak bubar UMNO dan masuk PAS

Kol Mat berkata...

Besok Patutnya Pimpinan Pas Selangor bangkit dari tidor dan junjung perjuangan PR. Kalau tidak PRU13 mampus nanti