DOA AKHIR TAHUN
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’
DOA TAHUN BARU HIJRAH
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’
7 ulasan:
Assalammualaikum.Doa awal dan akhir tahun adalah bidaah.Tidak ada hadis yang menyatakan terdapanya doa awal dan akhir tahun melainkan bidaah semata2.
Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.
kenapa bercanggah dgn apa yg diucap? pelik.. benda yg mcm ni pun boleh bercanggah.. adakah ramai individu yang mengendalikan blog atau isi dicedok dari tempat lain.. sebagai org yang membawa prinsip islam perkara mcm ni xboleh berlaku.. apa pendirian ustaz sebenarnya
doa adalah ibadat.... x kira masa,dimana kita berada ....bulan apa,tahun apa, tu xjadi masaalah.yg baik kita ambil,yg meragukan sama2 kita fikirkan.
Confuse juga, Ust ada cakap doa awal dn akhir tahun bida'ah tapi bagi pulak doa ni kat sini..
salam.. kpd saudara yg mengatakan bidah tu.. Quran ditulis setelah wafatnya NABI.NABI tak suruh pun Quran di tuliskan.. adakah quran yg dicetak sekarang bidah juga??? (ibnu mokhtar)
Nurfarenee : Assalamualaikum....buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budah baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... Yang mna btul ni...sy jahil soal2 agama..xd tmpt untuk bljar..ayah x, mak seorg mualaf..pnuh dgn ketidakpastian jwpn..kluarga sblh ayah x pnh jmpa lg..sblh mak pula semua agama kristian..smua bhrp pd bhan bcaan tp kdg2 ada yg x fhm..xtau nk cri siapa lg..jgnlah anda2 semua kat cni bgaduh mnegakkn fatwa msg2..sy yg btmbh pening...
kite ambik mudah je...tak payah nak putuskan sesuatu hukum sesuka hati..... melakukan sesuatu yang baik adalah ibadat...ikut kemampuan kite...setiap permintaan yang baik daripada allah merupakan doa, tidak timbul perkara yang dibuat atau tak dibuat sebelum atau sesudah nabi S.A.W... kalau nak ikut bidaah tan bidaah...semua tak boleh, contoh:- zaman nabi manae ada kereta semua nik hunta...jadi kite naik kereta ni biadaahlah...itu baru satu...setahu saya selepas kewafatan nabi banyak benda baru yang wujud....jadi mcm mane....
ada jugak saya dengar membaca yasin mlm jumaat merupakan bidaah, kite anggap ia merupakan ibadat tambahan daripada kite,membaca yasin beramai-ramai merupakan majlis ilmu, malaikat pun joit sekali dalam majlis ni... nak kate kite baca al-quran hari-hari boleh ke ? susah rasaanya...
Catat Ulasan