18 Disember 2009

Luahan Isi Hati Remaja

Emel : ila bin abd latib

Assalamualaikum ...

Sebagai wakil rakyat bahagian kawasan saya, saya ingin memberikan 1 cadangkan @pun pandangan kpd encik.. Sbgai remaja, saya telah melihat pelbagai jenis kemungkaran yang dapat kita lihat dengan mudahnya pada masa kini khususnya yang melibatkan remaja , walaupun telah 50 tahun lebih negara kita sudah merdeka, tetapi dasar perlaksanaan Islam masih di takuk yang rendah. Begitu juga dengan isu Kartika, perlaksaan hukumannya oleh pemerintah terlalu lembap walaupun tuan punya badan ingin segera mahu ia dilaksanakan..

Alhamdullilah, keadaan di Acheh kini kembali tenang. Baru-baru ini, pemerintah di sana sedang mencuba melaksanakan undang-undang berpandukan ajaran Islam. Golongan Hawa di sana yang beragama Islam tidak dibenarkan memakai seluar yang ketat. Terdapat satu berita yang telah menarik perhatian saya, terdapat satu gambar dimana terdapat 2 orang pembonceng motosikal wanita yang telah ditahan oleh polis untuk diberi nasihat agar menukar seluar ketat yang dipakai oleh mereka.

Cadangan saya ialah :

1) Bagi pasangan terutamanya remaja yang bukan mukhrim ditahan dari membonceng motorsikal secara berdua-duaan.

Ia boleh dilakukan dan dipantau oleh pihak polis. Apa salahnya bagi pihak polis, sementara mereka memeriksa lesen membonceng motorsikal, mereka juga boleh menahan remaja yang bukan mukhrim terbabit. Saya rasa ini adalah selemah- lemah tahap dakwah dan penguasaan yang boleh kita lakukan. Ini adalah untuk mengelakkan remaja dari terjurus ke lembah kemaksiatan.

Masalah gejala hubungan seks remaja yang telah berlaku kini amat menakutkan saya. Terlalu banyak video lucah yang melibatkan remaja Islam kita yang senang di akses di internet sekarang. Selain itu, terdapat juga kes remaja yang berdua-duaan di dalam kereta. Nampaknya pengaruh budaya bebas terlalu banyak masuk ke negara kita telah mempengaruhi masyarakat dan kurang dibendung oleh pihak kerajaan BN. Kadang-kala iman saya pun tergoncang juga yaa..hehe. Mungkin sudah sampai masanya kita menukar kerajaan.

Sama ada encik menerima @ tidak, saya tak kisah. Saya cuma ingin menyampaikan apa yang telah terbuku di dalam hati saya sejak sekian lama.

Sekian drpd sya..trm ksh.

3 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

Saya cadangkan remaja berkenaan mengikuti kursus BTN di Iran, Somalia, Iraq...


pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang menarik dan bagus... apa pendapat YB?

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan pihak berkuasa kumpulkan maklumat alamat website yang berunsur lucah, lalu semua website itu disekat (blocked).

Cara untuk kumpulkan maklumat itu, buka satu ruang e-mel untuk sesiapa sahaja yang mahu menyumbang maklumat tersebut. Maklumat yang diperoleh perlu diambil tindakan secepat mungkin.

Tolonglah.. Saya sendiri sering tergoncang iman. Kalaulah ada survey terhadap remaja yang pernah menonton video lucah, majoriti rasanya.

Sekian untuk perhatian YB dan MP PAS