04 Disember 2009

Koh Tsu Koon didakwa buli Pulau Pinang

GEORGETOWN, 2 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dato Keramat, Jagdeep Singh Deo dari DAP mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon meletakan jawatan kerana membiarkan Kerajaan Persekutuan membuli Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang yang pernah diperintahnya.

Padahal isu berkenaan tidak wajar belaku kerana Pulau Pinang adalah negeri yang berada dalam Malaysia bukanya negeri luar daripada Malaysia.

"Kenapa Menteri yang ada dipusat juga anak tempatan Pulau Pinang membiarkan Kerajaan Pusat membuli Kerajaan yang pernah diperintahnya. Mungkin kerana membalas dendam kerana rakyat menolak kepimpinanya, " ujar beliau dalam perbahasan Belanjawan 2010 sempena Mesyuarat KeTiga Penggal Ke Dua Dewan Undangan Negeri Kali Ke Dua Belas pagi tadi.

Tindakan Kerajaan Persekutuan itu boleh merugikan negeri kerana projek yang telah di bina seperti perancangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan agensi lain.

Jesteru itu sebagai seorang menteri, Tan Sri Koh patut memujuk Kerajaan Pusat agar memberi bantuan kepada Pulau Pinang selari dengan penjenaam semula negeri ini setelah mengalami zaman kejatuhan apabila berlakunya tsunami pada tahun 2004 lalu.

Selain itu, beliau juga menyalahkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pimpinan Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim kerana membelanjakan peruntukan tanpa rekod pada tahun 2007 dan sikap tersebut menimbulkan berbagai spekulasi dan salah angapan masyarakat terhadap PERDA.

Namun, ucapanya dibantah oleh Azhar kerana masalah PERDA hanya boleh dibangkitkan di Parlimen bukan di Dun kerana PERDA berada di bawah Kerajaan Persekutuan.

HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan: