04 Disember 2009

TAHNIAH PEMUDA UMNO / BN: KERANA TERTIB DAN BERADAB

Kenyataan Media (2 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memuji dan mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Perak kerana telah memenuhi aspirasi budaya dan adab 1Malaysia sepertimana ulasan pimpinan utama mereka katakan kelmarin seperti Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan pimpinan UMNO dan BN yang mengulas tindakan menjadikan gambar 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sebagai alas kaki semasa konvensyen DAP Negeri Perak.

Hebatnya Pemuda UMNO dan BN ini kerana mempunyai sikap moral yang tinggi, akhlak terpuji, bersikap tertib dan bersopan santun, terpelajar dan cerdik, bertamadun tinggi, berfikiran waras dan bermaruah walaupun mereka telah menconteng, mengoyak dan memijak serta membakar gambar pimpinan seorang ketua kerajaan negeri Pulau Pinang. Tindakan bertamadun Pemuda UMNO dan BN ini semua adalah lebih beradab dan berfikiran jauh berbanding sekadar memijak gambar kononnya.

Adakah kita rakyat Malaysia melihat tindakan tersebut wajar di terima di dalam budaya ketimuran ini? Oleh perkara tersebut, DPPN Pk menyifatkan perbuatan yang telah dilakukan oleh Pemuda UMNO dan BN tersebut telah direstui oleh pimpinan tertinggi mereka. Ini kerana tiada komen, ulasan dan tindakan yang diambil oleh pimpinan UMNO dan BN Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Perak atau pun pimpinan tertinggi mereka terhadap tindakan mengoyak, menconteng dan membakar potrait Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pimpinan tertinggi DAP yang lain.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa budaya yang dibawa oleh UMNO dan BN perlu ditolak oleh rakyat Malaysia. DPPN Pk menyeru agar perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh manusia yang bertamadun dan bersifat ketimuran.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

6 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

di luar negara kitab suci al-Quran sudah dipijak di kaki dan dikoyak ada dibakar di khalayak ramai... sama seperti yang dilakukan oleh DAP untuk memburukkan musuh politik.

Namun, kenapa PAS tidak bersua mengenai perkara ini? Adakah takut pada DAP sebagaimana takut melaksanakan hudud apabila Karpal Sigh kata, langkah mayat dahulu!

pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

beruk2 ni buat perangai.. islam jugak dapat nama tak elok.. pikir la sebelum buat satu2 perkara.. tu belum masuk bab kepala lembu lagi.. hmmmmm

Semangat Tok Janggut berkata...

Agaknya UBN kena reverse cam nie baru dorang malu sendiri kut.

memang itu macam berkata...

dulu dulu masa kecil
mau kasi dua dua gaduh
taruk apa apa barang
kasi nama lu punya bapak
belakang-kasi pijak
lawanlah

sekarang
pijak gambar
mau gaduh juga ka

serupa budak budak la

Tanpa Nama berkata...

Mie nih jenis pencacai tahap longkang,kepala otak penuh taik,silap DAP nampak,buruk MCA,MIC,PPP dan lain2 parti komponen bn tak nampak ke?

Orang kafir hina Islam tuh memang kita tak heran sebab bagi mereka Islam adalah musuh mereka.

Tapi umno ni bukan baru hina Islam,Madey tu dah lama hina Islam,Najib pun tah berapa ratus kali hina Islam,ko senyap je mie,ngapa masa puak tuh hina ko jadi bisu ke,ko jadi tuli ke?

Dasar manusia pencacai tak dak otak..

Unknown berkata...

cayalah abang tanpa nama 1102 AM! biasa la org UMNGOK ni bukan reti pada kebenaran, pemikiran singkat, otak letak kat kaki (tu pun kalau ada otak)