04 Disember 2009

Mengapa Umno bimbang sangat dengan doa Nik Aziz?

Saya sebagai pembaca setia Harakah ingin mencetuskan perasaan peribadi saya terhadap isu doa laknat najib yang sedang hangat dikatakan didalam media BN.

Walaupun saya bukan cerdik agama dan akademik, saya masih mempunyai kewarasan fikiran atas dasar sentiasa membaca. Saya pada mulanya merasa hairan jika benar Tuan Guru Nik Aziz ingin memanjat doa kepada Allah untuk melaknati Najib atau media bn sengaja mengada2kan cerita seperti yang mereka selalu lakukan.

Sekiranya benar Tuan Guru mahu berdoa seperti itu, mengapa Najib begitu teruja sangat? Adakah beliau merasakan bahawa doa Tuan Guru akan dimakbulkan memandangkan Tuan Guru seorang ulama yang benar dan sudah banyak dianiayai oleh orang BN!

Selalunya doa orang dianiayai akan dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Saya sendiri sudah mual dan meluat dengan permainan hipokrit Najib dan sekutunya dan orang yang terdahulu daripada mereka yang telah banyak menzalimi rakyat.

Najib fikir dia dan keluarganya yang telah pergi Mekah mengerjakan umrah dan haji tanpa mendapat musibah boleh selamat. Dia terlupa yang Allah maha berkuasa dan maha pengampun.

Mungkin Najib diberi peluang untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya. Namun, saya percaya bahawa sekiranya Najib serta keluarganya dan mereka yang berkuasa masih menzalimi rakyat dalam apa jua sekali pun akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Jangan pula mereka ini tidak akan diterima tanah kelak apabila tiba masanya. Bukan Tuan Guru sahaja yang mendoakan laknat itu keatas mereka, kami rakyat yang dizalimi kecuali kuncu-kuncu dan kroni-kroni mereka, pun akan membuat begitu.

~ ros melaka ~

Harakahdaily.Net/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka takut kerana tahu mereka memang bersalah. TGNA belum berdoa pun...baru pasang niat.
bila dah takut tu...sedarlah diri..bawaklah bertaubat..ini malah menambah fitnah kpd TGNA...alamatnya memang TGNA akan teruskan dgn niatnya diikuti oleh rakyat yg telah dizalimi

Tanpa Nama berkata...

Ini doa aku pulak kepada pemimpin Munafik UMNO/BN:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid

Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim,

Ya Allah janganlah engkau biarkan kami di kedudukan ini diselubungi dosa kecualiI engkau ampunkan, sebarang halangan kecuali engkau lepaskan, sebarang hutang kecuali engkau tunaikan, sebarang penyakit kecuali engkau sembuhkan, sebarang kezaliman kecuali engkau menangkan, sebarang hajat daripada hajat-hajat duniawi dan ukhrawi kecuali engkau permudahkan dan tunaikannya, ya rabbalalamin.

Ya Allah muliakan kedudukan Islam dan orang-orang Islam
Ya Allah bantulah Islam dan orang-orang Islam.
Ya Allah bantulah Mujahidin fi sabilillah di setiap tempat.
Ya Allah hancurkan kekufuran dan orang-orang kafir.
Ya Allah hancurkanlah syirik dan orang-orang musyrik
Ya Allah hancurkan PEMIMPIN UMNO/BN dan SEKUTUNYA sekira mereka tidak berlaku adil dan menzalimi rakyat Malaysia.
Ya Allah hancurkanlah TENTERA-TENTERA BIRU HITAM yang menyokong kezaliman mereka.
Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh Islam.
Ya Allah pecahkan pakatan, kumpulan,ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah kaki-kaki mereka.
Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu, YA Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim Ya Allah.
Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami keatas mereka.
Ya Allah binasalah mereka semuanya dan jangan seorang pun engkau lepaskan.
Ya Allah kekuasaanMu mengatasi mereka sesungguhnya mereka tidak mampu melemahkan kuasaMu .
Ya Allah satukanlah hati-hati orang Mukmin dan perelokkan diantara mereka.
Ya Allah bukakanlah petunjuk dan kebenaranmu kepada kami dan masyarakat kami dan engkaulah sebaik-baik pembuka petunjuk dan kebenaran.

Amin, Ya Rabbalalamin.

miezanz berkata...

provokasi pihak UBN menaikan populariti TGNA...

isu terpencil sengaja diperbesarkan bagi mengaburi minda rakyat melalui media arus perdana...

Tanpa Nama berkata...

amin utk doa di atas

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, TGNA, Pemimpin Kerajaan Kelantan, Pemimpin PAS Pusat dan Seluruh Negara, Rakyat Kelantan dan Ahli PAS seluruh Negara dan Mereka yang cintakan Kedamaian.

Perlu disedari TGNA dan pemimpin negeri kelantan telah memperjuangkan hak negeri semenjak PAS memerintah negeri itu. Seawalnya perjuangannya untuk memperolehi hak pampasan kegunaan tanah dan air daripada TNB dan telah berjaya memperolehi. Tetapi semenjak PAS mengambil alih negeri Pimpinan kerajaan persekutuan telah mengabaikan penyaluran dana entiti negeri dan kini berusaha untuk menidakkan royaliti petroleum yang jelas muncul semasa pemerintahan TGNA. Allah telah melimpahi kekayaan Negeri KELANTAN. Namun sementelahan masa juga menzahir sikap keraian kerajaan persekutuan yang dipimpin UMNO juga orang melayu yang kononnya kerajaan demokrasi menidakkan hak-hak gugusan negeri di bawah tadbir urusnya.

Jadi bukan sehari dua sahaja TGNA dan pimpinan negeri dan Pimpinan PAS memperjuangkan hak-hak rakyat tetapi telah lama. Tidak keterlaluan jika sesiapa sahaja bukan sahaja TGNA merasa tiba masanya untuk mendoakan kelaknatan pimpinan UMNO dan parti UMNO itu perlu dijadikan senjata terakhir kerana mereka jelas zalim terhadap rakyat, demokrasi dan prinsip federalisma.

Ingat kalau nak kata atau tuduh pimpinan TGNA dan PAS tidak pandai mengurus harta dan wang negeri tunjuk mana pimpinan pas disabit dengan rasuah! Kalau pimpinan UMNO dan kuncunya adalah.....belambak. Contoh semasa ialah PKFZ masih dalam keributan.

Kalau tak buat salah apa takut dengan doa atau mengadu orang kehadhrat Allah s.w.t. dan ianya bukan menyihir. Ingat takut kerana Salah berani kerana hak.

Renung-renunglah dan bukakan minda dan bertanya kepada yang murshid bukan mufti dan alim yang jahat...!

Tanpa Nama berkata...

UMNO PERLU BUAT MAJLIS TAHLIL DOA TOLAK BALA'