Kenyataan Media (2 Disember 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak yang telah memastikan Pasukan Bolasepak Negeri Perak layak menyertai pertandingan Liga Super musim baru dan juga telah berjaya menyelesaikan hutang lapuk sepertimana yang telah diberikan syarat tambahan oleh Persekutuan Bolasepak Malaysia.
DPPN Pk memuji sikap Datuk Seri Nizar kerana beliau yang telah dipertanggungjawabkan selaku Presiden berjaya mengurus Persatuan Bolasepak Negeri dengan baik dan berusaha memastikan hutang-hutang lapuk semenjak tahun 2006 diusahakan untuk diselesaikan. DPPN Pk yakin di atas kewibawaan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani berjaya menggerakkan Persatuan melalui semua Ahli Majlisnya bersatu membantu Pasukan Bolasepak Negeri untuk layak menyertai Liga Super 2010 ini.
DPPN Pk melihat usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar mesti diteruskan dan ciri kepimpinan yang telah beliau tunjukkan, akan memastikan Pasukan Bolasepak Negeri akan terus mencapai kejayaan. DPPN Pk juga yakin Datuk Seri Nizar akan bertindak sebagai nakhoda atau ketua yang boleh bekerjasama dengan semua pihak tanpa bersentimenkan perkara yang tidak sihat.
Malah DPPN Pk amat berkeyakinan dengan kepimpinan Datuk Seri Nizar ini akan mencapai kehendak penyokong, peminat dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini. Penyatuan yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar di dalam menguruskan Persatuan Bolasepak ini harus dipuji kerana tindakan cemerlangnya. Syabas DPPN Pk ucapkan kepada Datuk Seri Nizar, semoga majulah sukan untuk negeri Perak yang kita cintai ini.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

10 ulasan:
Tahniah buat yb nizar...anda sngt berwibawa begitu jgk dgn penyokong2 perak yg menghulurkan sumbangan serta pihak2 lain yg terlibat utk memastikan perak beraksi dlm liga super thn dpn
SYABAS DAN TAHNIAH
syabas hj Nizar dan skuad seladang! Ini semua bukti betapa komitednya pemimpin ini yang tetap berusaha walaupun menerima pelbagai cabaran.. Buat pasukan Perak, tunjuklah kemampuan sebenar
tahniah datok seri
tunjukkan bahawa kita akan dapat seleaikan masalah ini tanpa bantuan diaorang
hidup datok seri
tahniah datok seri
kita boleh lakukan tanpa bantuan diaorang
hidup datok seri
Tuan Haji,
Benih kalau baik dicampak ke laut jadi pulau. Di campak ke darat jadi gunung. Insya Allah.
Tahniah semua!
salam YB, ari tu dalam paper (Kosmo/mingguan) rasanya (hari raya haji), ada keluar pasal ahli majlis Persatuan Bola Sepak Perak, Zainol Padzi kata pemuda umno yg menggerakkan usaha untuk kumpulkan dana utk bantu persatuan..
agaknya memang betul la ckp2 org yang jawatan presiden Pafa tu pun diorg nak sebat.. - Neo
tahniah... kepada di atas ada pembetulan sedikit. sebenarnya ia adalah perpaduan antara semuanya. antara kerajaan negeri & PAFA.. akhirnya kerajaan negeri mengalah & memberi sumbangan pada PAFA dgn menyelesaikan masalah utang lapok. tahniah PAFA & kerajaan negeri
taniah dato seri,semoga bola sepak perak dpt juara musim depan dgn adenye semangat dato seri
Takbir! tahniah dan syabas usaha dato seri hj nizar.... kami anak perak tetap utuh bersama mu.. Hidup sukan menjana perpaduan ummah... Takbir!
Catat Ulasan