DS. Nizar dan Isteri bertanyakan sesuatu kepada pelawat sebelum meninggalkan Hospital Raja Pemaisuri Bainun.
24 Muharram 1431
http://alhusseyn51.blogspot.com
Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi,DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau.Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.
http://alhusseyn51.blogspot.com
Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi,DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau.Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.
Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada pukul di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh pada khamis, 7 Januari lalu. Beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan
Beliau telah dimasukan ke Ward 8 hingga hari ini untuk rawatan dan pemerhatian pakar perubatan kerana dikhuari mengalami cedera dalaman.
Walau bagaimana pun, beliau sempat mengimami solat fardhu Jumaat di masjid bersebelahan pada Jumaat yang lepas setelah diminta sendiri oleh imam yang bertugas sebagai menghormatinya./ end
8 ulasan:
Salam
Syukur Alhamdulillah kerana Dato seri pulih dan dibenarkan pulang, Tahniah Dato seri walaupun sakit dapat lagi mengimamkan solat Jumaat. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang agamanya walaupun diuji dgn berbagai-bagai ujian.
Byk hikmahnya...salah satu...Allah nak suruh DS Nizar..rehat sebentar...byk sgt kerja sampai tak berhenti...jadi Allah bagi rehat tu...semoga mendapat rehat yang cukup.
alhamdulillah,syukur kehadrat allah swt kerana DS telah sembuh.saya doakan semoga DS sentiasa didlm peliharaan allah.
syukur dan gamberi dengan perkembangan DSNJ.Semua dia dapat meneruskan perjuangan islam.
dan mengenai isu penggunaan Nama ALLAH utuk gereja kristian.di Malaysia
apakah pendirian SEBENAR PAS. Setuju atau tidak.
dan harap PAS Memberikan jawapan diantara setuju atau tidak.
dan sedia maklum .ALLAH ,tuhan smeua umat manusia.
Ada tauliah ke mengimamkan solat Jumaat tu. Nizar mungkin ok tapi tok imam yang suruh tu camna plak..minta JAIP siasat, siasat, siasat, sesat opps..
Alhamdulillah...Allah akan sentiasa bersama dgan orang2 yg benar..
Aikk?? Jumaat lepas pg Solat naik wheel chair.. tup-tup dah kluar hospital... ni sakit ke tak sakit ni? Apa cerita YB?
salam yb
tanpa nama 11.42..memang dsn sakit..tekanan darah dia turun naik..doktor lagi cekap dan pandai daripada kamu..
dsn juga benar benar tak sihat..dua hari berturut turut saya melawatnya kerana dalam masa sama melawat abang saya di bilik sebelahnya..
dan yang benar benar saya terharu adalah kesudian beliau dan isteri meluangkan masa melawat dan membaca doa apabila abang saya kembali kerahmatullah pada pagi ahad tersebut..menenangkan anak serta isteri arwah serta menyumbangkan sedekah yang besar jumlahnya..
terima kasih datuk dan datin..hanya Allah yang membalasnya.
malahan pengiring dan juga body gaurd beliau juga amat mengambilberat diatas kematian abang saya itu..
Catat Ulasan