11 Januari 2010

Paderi puji ketegasan PAS

24 Muharram 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Demikian maklum balas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, yang turut menyertai Ziarah Mesra PAS ke Gereja Metro Tarbenacle di Desa Melawati, Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.

“Dia cukup terharu dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan simpati yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS,” jelas Nasruddin ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, pihak gereja turut memuji ketegasan PAS mengutuk pengeboman tiga gereja terbabit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sesi dialog, Nasruddin turut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meruntuhkan rumah ibadat bukan Islam.

“Kita berdialog, saya sempat jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya membunuh budak kecil, wanita dan orang tua, tumbuh-tumbuhan hatta rumah ibadat ketika berperang.

“Kalau waktu berperang, Islam mengajar sebegitu, inikan pula waktu aman, orang yang terbabit tidak belajar keadilan dalam Islam,”ujarnya.

"Kalaupun timbul isu perbezaan pendapat dengan orang bukan Islam, kita tidak sepatutnya bertindak seperti ini dan langkah yang paling bijak ialah berdialog, berbincang dan berhujjah.

"Apabila saya tengok sendiri hari ini, saya bukan sahaja tidak setuju tapi mengutuk tindakan (membakar gereja) ini" tegas beliau.

Selain itu beliau turut mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan yang cepat bagi menyelesaikan isu ini kerana ditakuti ia akan menjadi lebih parah lagi.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama beberapa pemimpin PAS Pusat sendiri turun melawat gereja tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pengeboman tiga gereja di sekitar Lembah Klang dipercayai umum ekoran Gereja Roman Katholik memohon menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

Permohonan yang masih di mahkamah itu mengundang kritikan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin Umno sendiri sedangkan PAS berpendirian, al-Quran membenarkan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama-agama samawi.


Harakahdaily.Net/-


5 ulasan:

abdullahngah berkata...

suatu masa dahulu,dah lama dah pasal kepala babi dicampak didalam sebuah surau di negeri Johor. Parlimen Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak lama dahulu di Melaka pula berlaku disangkut kepala babi di Pagar masjid dan lempar tepi laut tempat orang berkelah dan bersantai.

Kali ini PAS dapat pujian kerana membantah pembakaran sebuah gereja di pelaling Jaya Selangor.

Siapa yang bakar setakat hari belum pasti lagi.Tapi bagaimana pula yang kencing dalam surau yang juga berlaku di Selangor.

Ada yang dah kata UMNO punya angkara punca berlaku demikian.

tatktik musuh pernah dilakukan oleh mereka sendiri.

Seorang pemimpin Mesir ditembak tapi tidak kena sasarannya.muslihat dilakukan untuk menangkap pejuang Islam.

Demikian juga pernah berlaku di Malaysia operasi lalang suatu ketika dahulu. Habis pemimpin PAS yang agerisif kena tahan Isa.

d.a.m berkata...

orang kristian akan kata begitu "oh lord thank you so much and the blessing of our lord jesus christ at last muslim stand our side, thanks o mighty god be hearing our prayers.
in the name of jesus christ amen.

Putra IJ80 berkata...

Agama mu agama mu.,
Agama ku agama ku.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting..jgn termakan dgn provokasi...

Tanpa Nama berkata...

Memang membakar rumah ibadat perlu dikutuk habis-habisan, tapi PAS perlu lebih tegas dalam isu ini takut nanti nampak seolah-olah ada agenda politik cuba meraih sokongan pengundi bukan melayu..