11 Februari 2010

Agresif daftar pengundi anda

26 Safar 1431H
Hashim Abdullah

BENTONG, 9 Feb: Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini diingat agar sentiasa agresif dalam usaha mendaftar ahli dan penyokong masing-masing dalam daftar pemilih bagi membolehkan mereka mengundi pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar.

Bercakap ketika merasmikan penubuhan Sekretariat PR Parlimen Bentong di Pusat Khidmat DAP Bentong, dekat sini, baru-baru ini, Hamzah menekankan keperluan untuk semua rakan komponen PR Pahang menguasai daftar pemilih melalui pendekatan dan gerak kerja bersepadu.

"Bagi memastikan kemenangan PR, semua komponen parti hendaklah menguasai buku daftar pemilih dengan mendaftar ahli dan penyokong masing-masing. Kita buat secara bersepadu, tak bolehlah hanya satu parti saja kerja kuat yang lain tidak. Semua kena kerja kuat, kalau kita gagal melakukannya kejayaan tidak mungkin tercapai,” katanya.

Mengenai usaha meningkat sokongan rakyat kepada PR, Hamzah mahu PR menunjukkan keupayaan berkhidmat kepada rakyat yang berbilang kaum.

"Apabila kita bercakap untuk menguasai kepimpinan bukan bererti kita gilakan kuasa sebagaimana pemimpin Umno BN gilakan kuasa. Kita berjuang untuk mendapatkan kuasa untuk melakukan pembelaan rakyat dan menyelamatkan negara ini daripada kerosakan berterusan dilakukan pemimpin Umno BN,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran Sekretariat PR Bentong ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Ustaz Abdul Hamid Bahatin, Setiausaha DAP Pahang, YB Choong Sien Onn, Pengarah Pilihan Raya PKR Pahang, Mohd Nor Hassan dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslkm,Dlm keghairahan nk mencapai kemenangan di PERAK, masih terdapat ramai pimpinn di peringkt UPU xmau membuat kerja yg telah diberikan oleh MTD..YANG PALING PENTING PENDAFTARAN AHLI PAS SBG PENGUNDI..ini hakikat yg berlaku di DUN PASIR PANJANG PERAK.. BANGUNLAH SAUDARA2KU SEKALIAN..!!!!!