11 Februari 2010

Kita lawan BN secara jantan

26 Safar 1431H
Penawar Rindu

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa Zamry adalah MB Perak, terimalah seadanya, tunjukkan kepada rakyat bahawa yang kita PR akur dengan undang-undang. Walaupun undang-undang itu terasa amat zalim dan perit terhadap kita.

Sekarang PR mesti turun untuk menawan hati rakyat. PR mesti ingat, menjadi kerjaan yang lemah kadangkala lebih baik menjadi pembangkang yang kuat.

Oleh itu sekarang PR adalah sebuah pembangkang yang sangat kuat di DUN Perak. PR boleh mengasak mereka habis-habisan di DUN Perak.

Dua tahun lagi kita akan berdepan dengan mereka di PRU 13, kita atur langkah, kita susun strategi, kita lawan secara anak jantan.

Buktikan kita tidak seperti BN yang tahu menikam dari belakang. Merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat tidak demokratik.

Ayuh, perjelaskan kepada rakyat kezaliman, kejahatan, kerakusan BN, PR kena mendidik rakyat, pastikan semua rumah sampai semua pesanan dan saranan PR.

Ayuh bergerak terus maju. Dua tahun hanya sekejap, PAS Perak mestilah melangkah gagah memimpin Perubahan.

Harakahdaily.net/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammulakum YB, seperti mana yang kita tahu keputusan tidak memihak kepada PR di mahkamah persekutuan. Walaubagaimanapun ketentuan Allah pada masa akan datang terhadap kerajaan kudeta BN pasti akan ada balasanya. Semoga PR akan menjadi pembangkang yang digeruni lawan di DUN Perak. PRU 13 nanti PR akan menjadi kerajaan semula. Insyaalah

Tanpa Nama berkata...

Saya Sokong kita asak mereka sehingga PRU13,tapi sayang ye knp kita jadi BONEKA DAP masa kita perintah PERAK dlu..nyesal2...

Tanpa Nama berkata...

Kesilapan Nizar yg paling besar semasa menjadi MB Perak adalah kerana beliau melulus tanah kepada penduduk cina sehingga 999 tahun. Sepatutnya hanya setakat 99 tahun saja. Isu ini dijadikan modal oleh UMNO/BN untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama sekali org2 Melayu kepada UMNO/BN.

wan2day berkata...

PR dah biasa mengalami kekalahan dan menjadi pembangkang.masalahnya UMNO langsung tak nak terima diri sebagai pembangkang (tngok negeri PR perintah)..tu sebab meroyan tak kesudahan..
agak2 kalau PR pegang kerajaan,macamana la reaksi UMNO...???jadi gila meragan kott..

Tanpa Nama berkata...

perbaiki diri kita keluarga kita jemaah kita,terus istiqamah dan ikhlaskan perjuangan kita untuk agama,kerna dalam tubuh badan kita daging2 yang tumboh dari adalah sumber yang halal...bukan kerana makanan dari sumber haram spt rasuah,pecahamanah,kianat...gerombolan biarkan mereka busuk sampai keusus.

Malaysian-2Day berkata...

Bagus YB, tunjukkan pada rakyat perak yang PAS bukan suka naik turun mahkamah je, buktikan pada rakyat PAS rajin bekerja untuk kemajuan seluruh rakyat, buktikan juga PAS sebuah parti yang berlandaskan ISLAM dan tidak hanya mengikut telunjuk parti komponen lain dlm PR. PAS perlu yakinkan rakyat yang mereka memperjuangkan nasib semua bangsa tetapi dlm masa sama mengekalkan dan menjaga hak2 orang Melayu. PAS juga mesti tunjuk kepada rakyat Perak yang anda semua tahu menghormati SULTAN PERAK kerana tanpa Tuanku maka negeri ini akan kehilangan arah tuju dan lebih huru hara! Kalau PAS boleh buat semua ini, maka aku rasa adalah harapan untuk PAS kembali memerintah Negeri Perak. InsyaALLAH.

Tanpa Nama berkata...

YB kena lipatgandakan kerja dan usaha dari sekarang. Jangan lepaskan Adun Titi Serong pada PRU13 nanti.
Apa yang lebih penting ialah kita mahukan ahli-ahli PAS yang benar-benar berjuang untuk Islam.
Saya cadangkan YB tubuhkan Taskforce untuk Parlimen Parit Buntar. YB ada Al-Banjari dan Cenangau untuk usaha ini.