11 Februari 2010

KENYATAAN MEDIA : Semua diminta bertenang

Berhubung dengan keputusan mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan dari DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kes Menteri besar Perak kelmarin, maka saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Semua Penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak diminta supaya bertenang dan menerima hakikat bahawa keputusan itu hendak lah dihormati sebagai satu proses undang-undang yang ada di negara Malaysia yang kita cintai.

2. Sehubungan dengan itu segala tindakan yang dilakukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat sesudah ini mestilah dalam keadaan yang perlu dikawal dan jangan melangkaui undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Oleh itu elakkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang walaupun kita akan melalui provokasi dari pihak musuh kita.

3. Bagi yang menganut agama Islam, saya terus menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus mendoakan kesejahteraan kepimpinan kita dan Allah memberikan sifat sabar dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan sisa perjuangan yang mesti diteruskan

4.Sesungguhnya kalah di Mahkamah Persekutuan bukan bermaksud kalah di Mahkamah Rakyat, kerana itu marilah kita menyusun langkah lebih terancang dan sisitemetik bagi memastikan Pakatan Rakyat terus melekat dihati rakyat. Saya sangat yakin bahawa gelombang rakyat yang mahukan perubahan di Perak masih tidak luntur dan perlu dijana terus untuk memastikan mereka tetap memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang.

5. Semua kepimpinan dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat hendaklah terus memastikan bahawa semua tindakan yang dilakukan adalah untuk memenangkan pakatan rakyat dengan meneruskan usaha menjelaskan dan menerangkan kepada rakyat yang belum menyokong kita mengenai dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang jauh berbeza dengan BN. Usaha-usaha penerangan mestilah ditingkatan dan janganlah banyak unsur menyerang semata-mata.

6. Saya percaya Penyokong Pakatan Rakyat sangat berdisplin dan mematuhi undang dan boleh dikawal sejak keputusan diumumkan kelmarin. Oleh itu saya lebih awal untuk menafikan sekiranya ada saja bentuk provokasi dari pihak lawan untuk memburukkan Pakatan Rakyat bagi mengambarkan kita menolak keputusan kelmarin.

7. Semua ADUN Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di DUN Perak dengan beberapa syarat yang diperjelaskan dalam sidang media malam tadi, termasuk dalam beberapa perkara yang berkaitan jawatan Speaker dan 3 ADUN katak yang perlu diperjelaskan sesudah dari ini. Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah.

8. Kerana itu saya menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menyegerakan dan melancar serta melicinkan proses yang dilakukan oleh Pusat Khidmat ADUN Pakatan Rakyat dan Pusat Khidmat Pakatan Rakyat ditempat yang kita tidak menang. Berilah bantuan berupa dana, nasihat, tenaga dan fikiran bagi melicin dan melancarkan pusat khidmat tersebut.

9. Semangat semua ADUN Pakatan Rakyat masih tidak luntur setelah rayuan kita ditolak, semuanya saya yakin masih bersemangat kental. Kekuatan semangat yang dimiliki oleh DS. Nizar yang tidak pernah luntur mestilah menjadi contoh kepada semua pihak untuk meneruskan perjuangan yang belum tamat ini.

Hidup Demokrasi, hidup rakyat, kuasa rakyat kuasa keramat, teruskan perjuangan.

KENYATAAN MEDIA /10 Feb 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

permulaan kepada perjuangan, teruskan tanpa toleh kebelakang

Tanpa Nama berkata...

jangan mimpi nak keadialan sekiranya najib masih jadi PM

Tanpa Nama berkata...

Keputusan mahkamah tidak bermakna kita kalah. Semangat juang untuk menegakkan keadilan yang kita perjuangkan selama ini adalah matlamat sebenar kita.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pakatan..!! Teruskan Perjuangan..!!

Kalah sekali tak bererti kalah selama-lamanya...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan untuk tegakkan keadilan

Tanpa Nama berkata...

takde istelah bertenang.. klau bertenang alamat kita tak jumpa kemenangan..

sekarang kita tunjukan ketidak puasan hati kita
diatas keputusan tersebut..

jom kita berdemo
di jalan raya beramai2

spti umno/bn buat keputusan mahkamah
isu kalimah ALLAH..

mereka boleh pertikaikan keputusan mahkamah..
kita pun boleh pertikaikan keputusan mahkamah jugak..

ape tunggu lagi...

biar dunia tgk mahkamah pasar ikan malaysia..