11 Februari 2010

Jangan diskriminasi Adun Pakatan - Nizar

26 Safar 1431H
Johari Jaafar

IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.

Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.

Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.

Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.

Keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan tersebut katanya, memperlihatkan seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menegaskan beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa kerana urusannya sangat rumit.

Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat serta berkesan dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan dalam masa yang sama akan meneruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Harakahdaily.net/-

5 ulasan:

Raziq Najab berkata...

Bersabar dan Mohon Doa semoga ALLAH menghumbankan kerajaan haram dan hakim2 zalim ke Neraka!!!

Tanpa Nama berkata...

amin...amin..amin..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat semua ADUN PR...mungkin ada hikmah di atas kejayaan TERANCANG kerajaan BN ini...di harap kalian lebih bersemangat untuk membantu rakyat WALAUPUN tidak BERKUASA lagi..KAMI RAKYAT PERAK (HAKIM MAHKAMAH RAKYAT)TETAP SETIA BERSAMA KALIAN SEMUA DAN AKAN MENGHUKUM MEREKA DALAM PRU 13 AKAN DATANG....ALLAHUAKBAR..

Tanpa Nama berkata...

TERUSKAN MEMBANTU RAKYAT WAHAI ADUN2 PR...
SELURUH WARGA PERAK SENTIASA BERSAMA ANDA...

Tanpa Nama berkata...

mari la kita sama sama berserah kpd ALLAH. ALLAH yg lebih mengetahui. ALLAH akan tunjukan kuasaNya keatas org yg berkuasa.PR kena keje kuat, kita dampingi rakyat. hakim rakyat hanya memerhati sahaja ketika ini. bila smpai masanya rakyat akan buat penghakiman hanya 'X' pada sehelai kertas boleh menggemparkan perak dan Malaysia.