16 Rabiulawal 1431H
Zolkharnain Abidin
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menjadi ketua Majlis Perundingan NGO Melayu yang baru ditubuhkan. Khabarnya, tujuan penubuhannya adalah sebagai benteng untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan raja-raja Melayu.
MPM juga sebagai pendesak kepada kerajaan supaya kekal dalam perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 153. Dikatakan 76 NGO bersatu bergabung bersama MPM.
Saya berfikir begini.
Adakah ini maknanya, rakyat Malaysia sudah tidak lagi meyakini kemampuan Umno untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu?
Adakah ini juga bermaksud, komponen-komponen yang ada di dalam Umno, seperti pemuda Umno misalnya, sudah tidak lagi mampu menjadi pendesak kepada Umno untuk mempertahankan asas perlembagaan?
Sehingga Ibrahim Ali terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Umno. Atau, boleh juga dikatakan begini.
NGO ini ditubuhkan untuk menajamkan semangat kebangsaan Melayu sempit Umno dan menajamkan keruncingan hubungan antara kaum yang dimulai oleh Umno.
Apa pun tujuan dan maksud penubuhan MPM, saya percaya, kalau sekiranya MPM diasaskan sekadar untuk kepentingan kebangsaan Melayu sempit, MPM akan menerima nasib seperti Umno juga.
Juga, sekiranya MPM sekadar untuk mempertahankan Islam dengan maksud mempertahankan perkara-perkara seperti perarakan Maulidur Rasul sahaja, nasibnya akan sama seperti Umno juga.
Atau memang NGO ini ditubuhkan untuk mempertahankan Umno supaya tidak kalah dalam PRU yang akan datang?
Apa pun, senarai penuh NGO itu tidak disiarkan oleh media. Justeru sukar untuk menangkap tujuan tersirat di sebalik tujuan tersurat.
Mengapa saya bersangka buruk begitu? Ya, bukankah kini Umno begitu ghairah menaja penubuhan NGO untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti itu masih diterima oleh rakyat?
Satu hal lagi, bolehkah NGO tadi meletakkan harapan mereka kepada Ibrahim Ali untuk merealisasikan apa yang disuratkan itu. Mengapa Ibrahim Ali? Sudah tidak ada orang lain selain dia? Hebat benarkah Ibrahim?
Dia memang seorang yang licik dalam politik. Tetapi kelicikannya itu dilihat lebih kepada menyelamatkan karier atau kedudukan politiknya. Bagi saya, kebelakangan ini dia semakin aktif dengan NGO kerana dia tidak punya platform politik yang selamat untuk terus berpolitik.
Dia sudah berpatah arang dengan Umno, sudah berkerat rotan dengan PAS. Apa yang dia punya hanyalah menjadi aktivis NGO. Untuk lebih dilihat gah dan hebat, dia perlu mengepalai gerakan NGO yang ada kaitan dengan agama dan bangsa.
Seorang lagi yang dirasakan sesuai untuk bersama Ibrahim Ali selepas ini ialah Zulkifli Nordin. Mungkinkah mereka adalah gandingan yang serasi?
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Harakahdaily.net/-

2 ulasan:
Ibrahim Ali bagi saya ia sangat berbahaya,kerana walaupun beliau kata dia adalah "katak Emas" tapi dia adalah "katak pisang".
Katak Pisang jika ia melompat akan keluarlah air kecing. Sesiapa yang ada dekatnya pasti terkena air kecing yang dipacut.
Kalau kena tubuh kita tak mengapa. Tapi kalau terkena pada mata alamat akan butalah mata kita.
Begitu berbahaya dan bisanya air kecing katak Pisang.
Orang mungkin tak sedar yang dia terkecing apabila melompat dahulu. nasib baik tidak terkena pada mata pemimpin PAS.
Kalau kena kata orang tua tua alamat akan buta mata itu.
saya cabar klau lah betul2 NGO ni nak bela semua tu... sila daftar sebagai parti politik..
kita bertarung didalam gelanggang...
janggan jadi pgecut berkokok diluar gelanggang...
Catat Ulasan