03 Mac 2010

Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran Peringkat DUN Dabong

16 Rabiulawal 1431H
Email : Mr. President

Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN Dabong telah mengadakan satu Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran pada 27 Februari 2010. Bertempat di Masjid Al-Insaaf, Dabong Hilir, Kelantan Darul Naim.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi tu telah dihadiri oleh Pegawai Halaqat, Pembatu Pegawai Halaqat Dun Dabong, guru-guru al-Quran, serta guru-guru KAFA Dun Dabong.

Tenaga pengajar ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Che Ali yang merupakan Guru Al-Quran Dun Kuala Balah. Beliau juga merupakan pimpinan Urusan Ulamak Dun Kuala Balah, Kelantan.

Menurut Ketua Urusan Ulamak Dun Dabong, Tn. Hj. Mhd. Yusoff B Daud, program yang julung-julung kali diadakan ini sungguh berjaya dan mendapat sambutan semua. Menurutnya, Insya Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Dalam majlis tersebut, para peserta didedahkan dengan bacaan al-Quran yang sebenar berkaitan hukum-hukum tajwid.

Syabas Dun Dabong!!!.






3 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Satu usaha yang sangat baik. Sekarang ni yang ustaz2 tolonglah pi belajar tajwid alquran jugak, tak kiralah yang balik mesir, jordan, syria ke, kalau setakat belajar ngaji sekolah menengah arab tu dulu nak bawah diri tak mampu lagi ustaz2 oi. sebab tu lah ramai ustaz2 yang baca mad lazim 4 harakat je, tak caya dengarlah bacaan fatehah hari jemaat tu, tu belum lagi sifat dan makhraj, ro nipis ro tebal dll.Tuan2 tolonglah belajar sekali lagi peringkat tua ni. Kalau ustaz2 tak caya try lah mengadap guru tajwid sohih basmallah kena pegang dah, nak2 2 tahun kena betul lagi. Selamat belajar, jangan terasa hati ustaz2 oiii. Kalau ustaz berat dah yang tak ustaz macam mana??????

Tanpa Nama berkata...

Tengok wajah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Che Ali rasa sejuk dah hati.Perbetullah tajwid, suara tak merdu tak apa asalkan bacaan dengan tajwid yang betul.Baca alquran jika tak betul tajwid berdosa tau.