03 Mac 2010

Pengkhianat : Lepas curi wang royalti Awang Adek curi bendera LTdl

16 Rabiul Awwal 1431H.
Cina Islam

Kelmarin Harakahdaily dan beberapa akhbar arus perdana melaporkan berita yang saya anggap sebagai satu tindakan sabotaj dan penghinatan kepada rakyat Kelantan apabila Menteri Besarnya, YAB. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sepatutnya melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL)diadakan di Dataran Rehal Kota Bharu dinafikan.

Kalau sebelum ini Awang Adek bersama dengan Mustafa Muhamaad telah melakukan satu rompakan dan mencuri wang Royalti minyak milik rakyat Kelantan, sekali ini dia melakukan kerja jahatnya dengan menncuri bendera untuk melepaskan pelumba LTdl dari seorang menteri besar yang juga milik rakyat kelantan.

Adakah Awang Adek tidak sedar dan sengaja tidah mahu sedar bahawa dia tidak ada apa di Kelantan. Pelantikannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan adalah atas dasar perlantikannya sebagai Sanator secara kontrak dua tahun sekali. Dari segi piliharaya dia kalah pada semua kerusi yang dipertandingkan, dan bermakna dia bukanlah wakil rakyat di Parlimen atau DUN di Kelantan.

Mengikut maklumat yang saya terima dia menunjukkan sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati Menteri besar Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar kesayangan rakyat itu.

Perlu saya tegaskan kalau Awang Adek tidak menghormati MB kelantan yang juga seorang Ulama yang dihormati , yang menjadi busuk adalah Awang Adek, kini orang tahu itu perangai dan hati budinya. Adakah kebencian Awang Adik melebihi dari segalanya kerana paling kurang Tok Guru perlu dihormati kerana ketuaannya dan kedudukan Tok Guru diiktiraf sebagai Ulama.

Ataupun Awang Adek sangat kecewa dengan Tok Guru kerana gagal dengan usahanya untuk jadi MB Kelantan dalam projek UMNO tawan kelantan pada tahun 2008 lepas.Semacam kerusinya telah dirampas. Ternyata dia adalah bekas menteri besar yang tidak berbekas bila k alah dalam pilihanraya tersebut.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km. Kerana itulah sewajarnya Tok Gurulah yang melepaskan perlumbaan ini seperti tahun-tahun yanglepas.

Apalah lebihnya Awang Adek "merampas" bendera pelepasan dalam keadaan orang lebih layak berada bersamanya. Tok Guru yang berada dalam majlis itu saya rasakan sangat tinggi maruahnya atas nama Menteri Besar Rakyat yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Sedangkan Awang Adek semacam "lalat" yang berada dalam majlis ditambah pula merampas hak Tok Guru.

Inilah masanya dan sudah kira sudah ada keputusannya dari seluruh rakyat Kelantan untuk menghukum sehukumnya kepada penghinat rakyat Kelantan ini dengan memastikan Awang adek dikalahkan dalam mana-mana kerusi yang beliau bertanding pada masa akan datang.

Awang Adek bukan seorang pemimpin yang tidak ada maruan dan "tidak reti basa" dengan menghina rakyat Kelantan dengan mencuri wang royalti menjadi wang Ehsan dan dialah yang dilantik untuk menjadi pengagihnya. Sesudah itu disahkan dia benar-benar khinat bila mencuri bendera yang sepatutnya dilepaskan oleh Menteri Mesar yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Bagi saya sinar politik Awang Adek sudah malap dan hampir padam sudah. Saya sebagai seorang anak kelahiran Bachok sangat malu mempunyai seorang sepertinya. Kerana itu saya jangkakan hayat politiknya sudah hampir kepenghujungnya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awang adek ni macam menteri luar israel yang menghina duta turki...jemput duta turki ke pejabat tapi tidak mahu bersalam siap panggil wartawan untuk merakam apa yang dia lakukan...sama lah si awang ni gila kamera...jemput orang lain rasmi tapi tunjuk perangai iblis depan kamera...mmg dari jenis bani israel juga lh dia tu...mmg bakal kena laknat dah merompak, tak ada muka malu nak ganti tempat tok guru...

Tanpa Nama berkata...

salam, yb boleh merujuk byk facebook ank2 Klate yg mengutuk tindakan Awang Adek. Malah mereka skrg begitu membenci awang adek kerana di sifatkn seorang yang angkuh. Awang Adek tkde tmpt di Klate. Stopa mamat tu di kira ok coz tk sombong.

Tanpa Nama berkata...

Baru 3, 4 ekor katak melompat, pemimpin UMNO dah mula kembali kepada sikap lama mereka angkuh, bodoh sombong, bongkak, tak hormat pemimpin (lain parti), kelabu asap dsb. Mereka dah mula perasan yg rakyat dah balik semula pd mereka. Insaf mereka hanya sekejap. Sedarlah UMNO bahawa rakyat sentiasa memerhati. Jgn menyesal kalo PRU13 nanti korang orang-orang UMNO terus dikebumikan oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

....Mengikut maklumat yang saya terima dia menunjukkan sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati Menteri besar Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar kesayangan rakyat itu......


Anas rodliyallohu ‘anhu berkata, “Tidak ada seorangpun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada rosululloh. Meskipun begitu, bila mereka melihat rosululloh (datang), mereka tidak berdiri (untuk menghormati beliau). Sebab mereka tahu bahwa beliau membenci hal itu.” (Hadits ini shohih; diriwayatkan oleh At-Tirmidzi).

Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda (artinya): “Barang siapa suka dihormati orang lain dengan berdiri, maka hendaklah siap mendiami neraka.” (Hadits di atas shohih; diriwayatkan oleh Amad)

Tanpa Nama berkata...

masalahnya bukan tok guru minta semua bangun.. yang minta bangun ialah m.c majlis...dalam mana-mana majlis rasmi, kan janggal jika semua org bangun, dan ada yg duduk.. tok guru pun tak minta hadirin bangun.. m.c yang minta bangun bagi melambangkan kehadiran seseorang yang dirai dalam majlis... senang2 macam ni la en zamrikemaman... mana2 majlis rasmi kerajaan atau majlis rasmi dalam mahkamah... tak payah la bangun2...

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang jenis spesis yg tak boleh dibuat baik..yg lompat masuk UMNO semula tu sumenya spesis UMNO belaka..jenis lalang tak de maruah....

Tanpa Nama berkata...

UMNO angkuh dan anti rakyat

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
LANUN DI LAUT (ROYALTI JADI EHSAN) & SEKARANG
LANUN DI DARAT (BENDERA PUN DI KEBASNYA JUGAK)

Umno, Umno!!! Sememangnyalah Umno ni lahir dari benih British yg menetas di Tanah Melayu...

Kalau dari buku Sejarah ada dinyatakan British ni keturunan lanun laut Inggeris, yg merompak kapal dagang Sepanyol...dan di kepulauan Melayu ..ingat lagi nama Harold MacMichael yg menipu Raja2 Melayu supaya tandatangani Malayan Union. Ini lanun Inggeris yg angkuh dan sombong atas dasar org kulit putih lebih 'bertamadun' dari bangsa2 lain...

Umno! Juga spesis yg sama...
Apa yg Umno buat di Perak?...kerusi dan Speaker di curinya..
Apa yg Umno buat di Kelantan?...tukar Royalti kepada ehsan
Apa yg Umno buat di Selangor?...tiap2 hari menabur fitnah
Apa yg Umno buat di Pulau Pinang?...takkanlah pakatan pegang kerajaan setahun ajer org Melayu dah terus jadi miskin...50 tahun Umno duk buat apa kat Pulau Pinang?

Orang putih kata org Bugis sebagai Lanun sehingga sekarang org2 putih masih lagi menggunakan istilah Bogeyman (Bugisman) sebagai org2 yg menakutkan spesis hantu setan yg merompak di laut dan dimana2...itu org putih cakap...tapi yg sebenarnya org2 putih dan spesis yg di tinggalkan di Tanah Melayu ini iaitu Umno lah sebagai perompak di laut (minyak) dan perompak di darat (kuasa dan bendera-yg terbaru)...

Penghinaan kepada alim ulama' sebagai pewaris nabi pasti akan di balas oleh Allah SWT...

Kita org2 Melayu tak payahlah nak tiru Inggeris/British sebab kita org2 Islam berjuang atas kebenaran Islam bukan seperti mereka yg berjuang kerana nafsu dan tamak kepada dunia... Adakah boleh kita katakan bahawa BN itu adalah singkatan kepada Bertuhankan Nafsu?

sobri berkata...

Baso perangai natang. Tak reti hormat orang. Dia ingat dia tu sapo di kelate ni. Satu sen pun takdak nilai awe adik di klate. Wat hina ke Tok guru. Tak pa.. tunggu lah PRU 13 nanti. Nak tengok kerusi mana mung nak duduk awe adik woii.
Nak tahu tak.. PRu 12 lalu, kalau nak di kira, awe adik awal-awal lagi dah kalah, tak payah undi-undi. Dia salah isi borang (salah eja). MELAWI di eja MALAWI. MALAWI tu kat Malaysia ke? Tapi Yb Nik Omar mahu berlawan cara anak jantan, tidak mahu menang free. Disuruh awe adik ni isi borang lain.Itu lah tahap pengetahuan menteri UMNO. Pah nak jadi Menteri besar guano.
Perangai macam haramjadah. Oghe klate taksir lah ko mung awe adik.

Tanpa Nama berkata...

KALAU DAH AWANG ADEK MACAM TU TARAFNYA, MAKA YANG SEANGKATAN DENGANNYA PAK MENTERI DAN TIMBALAN PUN SAMA, SERTA 'GURU' PERAMPAS DI PERAK