03 Mac 2010

Nazir Razak 40 terkaya di Malaysia, CIMB siapa punya?

16 Rabiulawal 1431H
http://gemasuara.blogspot.com/

Baru-baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak.

Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group.

Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.

Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.

Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

9 ulasan:

Yang Halal Haram.. berkata...

Salah ke orang melayu kita kaya...? daripada 40 orang kaya dimalaysia melayu yg kaya cuma 9 orang sahaja... kalau mcm nie la artikel yang tuan tulis, sampai bila pn orang melayu tak kan kaya...

Tanpa Nama berkata...

ada juga orang UMNO yang bodoh, anggap wang kerajaan adalah wang UMNO

Tanpa Nama berkata...

tak salah melayu kaya, tapi kaya yang tak ikut ajaran islam, itu yang salah

Tanpa Nama berkata...

banyak orang melayu lain yang berkebolehan dan boleh maju serta kaya jika diberi peluang, tetapi ditindas oleh UMNO yang dikatakan memperjuangkan melayu, jangan perbodohkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

melayu UMNO yang kaya bukan atas usaha dan kebolehan sendiri tapi wang ikhsan politik seleweng

david ahmad muniandy berkata...

senarai 10 nama orang melayu terkaya dalam malaysia salah satu adalah nazir razak, tetapi nama nazir razak sudah terkeluar dalam senarai 10 nama itu.

tetapi orang melayu paling terkaya sekali nama boleh capai peringkat antarabangsa adalah bekas menteri kewangan tun Daim zainuddin sebab itu orang panggil dia Daim dalam diam. Kalau buat bandingan Robert Kuok orang paling terkaya no.1 dlm Malaysia pun kalah kat Daim dalam diam.

kalian tak perlu aku cari sumber, sendiri cari dalam pakcik google.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah sangat2 tak salah kalau lebih ramai Melayu yang kaya tapi yang salahnya bila kekayaan tersebut bukan hasil titik peluh sendiri.

Kalau Si Nazir Razak ni setakat makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba2 jadi antara 40 org terkaya di Malaysia. Kita pun boleh fikir sendiri agak2 duit tu dtg dari sumber mana.

Fikir2kan lah wahai org2 Umno. Kita hidup dengan serba sederhana tapi Najib dan kaum kerabat dia kaya raya.

Tanpa Nama berkata...

Memang tak salah menjadi kaya tapi kekayaan sepatutnya datang dgn tanggung-jawab yg besar. tp bg org seperti nazir razak dia menganggap org kaya adalah atas hasil kerja keras dan usaha dia sendiri bukan rezeki dan nikmat yg diberi oleh YG MAHA ESA.. sebab tu kalo tengok sistem pengurusan CIMB Bank sendiri dah mcm sistem kapitalis org berpangkat tinggi dapat habuan komisen dan bonus yg besar2 sampai cecah ratusan ribu tapi pekerja bawahan seperti kerani dan pegawai yg bertungkus lumus at ground level di beri habuan yg sedikit sampai ada yang ada tak dapat langsung gara2 sistem piramid yg management cimb implement.

Tanpa Nama berkata...

La, inilah masalahnya dgn internet. Benda betul dan bohong bercampur aduk. Aku baru terserempak dgn post ni. Cuma nak betulkan,
CIMB bukan sykt berkaitan kerajaan. CIMB ambil alih Bank Bumiputra dan bukan sebaliknya. CIMB mmg dimiliki oleh Dato Nazir sejak ianya
hanya sebuah bank 'merchant'. Beliau bertungkus lumus mengembangkannya semenjak sebelum Dato Najib jd PM lagi. Biasalah bila ada aje Melayu berjaya mesti ada Melayu yg bengkek!