8 Rabiulakhir 1431H
http://dppgopeng.blogspot.com
Taman Song Choon, Ipoh - Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.
Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.
Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.
Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno bahagian terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.
Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.
DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.

3 ulasan:
ORANG UMNO KALAU BUAT PROGRAM KAT SURAU ATAU MASJID BUKANNYA NAK IMARAHKAN MASJID ATAU SURAU TAPI BAB MAKAN YG LEBIH MERIAH..... KAT TEMPAT ANA ...KETUA CAWANGAN UMNO LEBIH SUKA DUDUK DI TEMPAT MAKAN BERSEMBANG ,HISAP ROKOK DRP SOLAT TARAWIH DAN DENGAR CERAMAH....PULAK TU BENDAHARI SURAU ... NAK INFAK DUIT UTK SURAU PUN TAK PERCAYO DEN KAT PUAK2 NI...
UMNO adalah pelanggar undang-undang....dulu UMNO tuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik, sekarang ni depa guna surau dan masjid untuk kepentingan diri.
UMNO DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA SENTIASA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK DIRI SENDIRI WALAUPON MELANGGAR UNDANG2(UNDANG2 ITU DIA YG BUAT) DAN MENTAFSIR UNDANG2 IKUT NAFSU, SUPAYA UNDANG2 MEMIHAK KEPADA UMNO-BUKAN MEMIHAK KPD KEBENARAN YG BIASANYA MENGUNTUNGKAN RAKYAT.
KELAM KABUTNYA UMNO SEKARANG, SAMPAIKAN DIGUNAKAN APA SAHAJA CARA TAK KIRA HALAL HARAM, ASALKAN DAPAT UNTUNG SINGKAT UNTUK PARTI DIA DAN KRONI2NYA SAHAJA...BAGI MEREKA RAKYAT PERGI MAMPOS LAH...
Catat Ulasan