25 Mac 2010

TERIMA KASIH ZAHRAIN, 600 MASUK PKR DAN KISAH KETUA PEMUDA PAS DIMALUKAN

8 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH-TENGAH kita menonton aksi `MP Terlampau' Zahrain di Parlimen, malam tadi berlaku serah borang menyertai PKR di kawasan Parlimen Paya Besar, Kuantan. Satu program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang telah diadakan di Markas PAS Taman Tas, Kuantan yang menampilkan tokoh utama iaitu YB Azan Ismail (MP Bandar Idera Mahkota), YB Saifuddin Nasation (MP Machang), Dato' Zaid Ibrahim dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi sendiri serta beberapa pimpinan PR kawasan.

Saya sendiri turut berada di tengah ribuan masyarakat dari berbilang kaum pada malam tersebut dan melihat situasi malam itu, amat lojik juga cita-cita PR untuk merampas Pahang dari Bn pada Pilihanraya Umum akan datang. Meskipun besebelahan tapak ceramah diadakan Expo (Fun Fair), amat memeranjatkan kehadiran orang ramai di dalam program tersebut dan amat wajar dan tepat sekali ucapan tahniah diberikan kepada penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Pahang.

Di antara isu yang dikupas di dalam ceramah tersebut antaranya yang menarik tentang ucapan dari Us Nasruddin Tantawi betapa beliau telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran. Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel. Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin." Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu.

Pada program ceramah malam tadi, satu upacara serahan borang sebanyak 600 orang untuk menyertai PKR telah diadakan. Borang-borang tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR iaitu YB Saifuddin Nasation. YB Saifuddin di dalam ucapannya berkata beliau bersyukur semenjak isu fitnah Liwat 2 yang menimpa DS Anwar, pejabat beliau telah memproses kemasukan ahli baru ke dalam PKR yang jumlahnya amat luar biasa. Ini adalah hasil kerjasama kuat di antara semua parti di dalam PR, katanya. Beliau juga turut menyentuh isu lompat parti, kes liwat 2 dan juga tentang bagaimana kerajaan negeri di bawah PR berupaya membuktikan ketelusan sehingga mendapat pujian dari Juru Audit Negara.

Saya ingin memberi sedikit teguran terhadap program ceramah malam tadi. Pada saya program malam tadi amat berjaya dari segi sambutannya tetapi beberapa kelemahan berikut perlu diambil kira;

1. Program agak lewat bermula sehinggakan jam 9.30 mlm pun masih belum bermula. Sepatutnya program telah bermula jam 9 mlm kerana penganjur telah menjemput ramai penceramah pada malam itu. Masa yang suntuk menyebabkan beberapa penceramah tidak selesa untuk menyampaikan ceramah dengan lebih berkesan.

2. Tiada petugas parti yang melaksanakan tugas seperti pengedaran risalah atau apa jua bahan penerangan/maklumat kepada mereka yang hadir. Sewajarnya di dalam program seperti ini kita perlu mengambil kesempatan untuk mengedar apa jua maklumat tentang isu terkini bagi menentang dakyah yang dibawa oleh media pencacai Umno.

Walau apa pun, setinggi pujian harus diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang di atas kejayaan program malam tadi. Melihat kepada reaksi spontan mereka yang hadir, ternyata segala fitnah ke atas pimpinan PR tidak lagi memasuki minda rakyat. Syabas

7 ulasan:

Parit.com berkata...

ORANG MUDE UDOH JEMU NENGOK KEBIADABAN BN MEMERINTAH MALAYSIA LAKSANA ONE ISRAEL,ONE NATION FOR ONE DUMB UMNO....TERUSKAN ANAK MUDE MEMERANGI FIKRAH TAUHID UMNO YANG SESAT ITU

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam YB,
Halalkan kerana saya petik posting ini ke dalam blog saya untuk dipanjangkan.
Jazakallahu khairan kathiran.

Hijau_permai berkata...

salam,

dijemput hadirin dtg ke ceramah perdana di bandar sunway mlm nanti....di dwn flet PKNS pjs 8/9 penceramahnya adalah:

YAB Dato'seri Nizar, YB Gobind dan YB Nik Nazmi...

iz13_ogos@yahoo.com berkata...

salam,

dijemput hadirin dtg ke ceramah perdana di bandar sunway mlm nanti....di dwn flet PKNS pjs 8/9 penceramahnya adalah:

YAB Dato'seri Nizar, YB Gobind dan YB Nik Nazmi...

Qaseh Bonda berkata...

Lawak! lawak! ingatkan orang pumpuan je meroyan...rupanya ada jugak orang lelaki yang meroyan macam zahrain.

Balik tengok sejarah orang yang macam zahrain tok brahim dan zz ni misti masa muda2 dulu kurang kasih sayang ibu.

Sebab tu bila dah tua2 dok meroyan dok minta perhatian ramai...

Tu laa jangan dok buat tak betul dengan mak bapa!

Kan dah hilang prinsip, hilang panduan dan yang sedih tu dah mula hilang akal fikiran waras.

Bila fikiran dimandulkan lahirlah Tok Brahim dan ZZZ...

Kena kembali pada Allah sementara pintu taubat masih terbuka.

Hairun Azmi berkata...

Allah Hu Akbar

Tanpa Nama berkata...

sebenar nya kita sendiri memalukan negara kita...
pernahkah rakyat israil mendedahkan apa yg berlaku dlm NEGARA nya.
Mereka sgup membunuh mana rakyat nya yg belot..!
KITA...? bersama2 utk menjahanamkan NEGARA kita.terrr utama nya ORG MELAYU...tah lahh...!