25 Mac 2010

Tarian Etnik Hui di China (1)

8 Rabiulakhir 1431H

Terdapat beberapa bentuk nyanyian dan tarian yang tersebar di kalangan penduduk etnik Hui. Antaranya, "Huaer" yang tersebar di kalangan penduduk untuk meluahkan harapan orang muda terhadap kemurnian alam percintaan. Pelbagai acara kesenian tradisional seperti nyanyian, tarian dan bermain alat muzik sering dipersembahkan dalam sesuatu pesta kesenian masyarakat etnik Hui. Persembahan tarian secara perseorangan dan secara beregu berlangsung dengan penuh keriangan kerap diadakan dalam majlis keraian dan jamuan makan. Tarian etnik Hui itu dipersembahkan oleh penari lelaki yang menyanyi sambil menari.

Tarian semasa majlis jamuan dipersembahkan oleh penari lelaki, yang menyanyi sambil menari dengan diselangi dengan keunikan silat Wushu yang tangkas, pantang berundur dan sentiasa bersedia. Tarian yang dipersembahkan itu, iaitu persembahan "Lagu Jamuan Makan Etnik Hui" menggambarkan kemeriahan suasana jamuan makan pada majlis perkahwinan tradisi etnik Hui di Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Kebanyakan tarian yang dipersembahkan oleh penari perempuan. Ada juga persembahan ini yang dimainkan oleh penari lelaki di Wilayah Autonomi Hui Ningxia China. Tarian itu lazimnya dimainkan oleh seorang penari perempuan dengan menggunakan alat tiupan yang menawan hati. Persembahan muzik berirama merdu, dan lemah gemalai sebagai melahirkan perasaan gembira, marah dan kesedihan. Ramai warga tua dan orang muda etnik Hui pandai memetik alat muzik bertali itu.

Persembahan tarian juga diadakan semasa menyambut hari raya, iaitu Aidilfitri dan hari raya Korban. Tarian menggunakan belantan merupakan tarian yang menggayakan permainan belantan dengan diiringi irama muzik Huaer. Tarian cambuk gelung besi pula biasanya dipersembahkan oleh penari lelaki di Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia China. Tarian etnik Hui bukan sahaja menawan hati, tetapi memperlihatkan kehidupan sebenar dan keteguhan semangat penduduknya. Tarian tersebut amat digemari oleh penduduk etnik Hui di seluruh negara.

Ekoran pembukaan laluan sutera, pertukaran budaya berkembang pesat. Kesenian tarian etnik Hui tersebut tersebar sampai ke kawasan aliran tengah dan hilir Sungai Kuning dari kawasan barat. Pada zaman Dinasti Wei dan Jin, alat muzik Qiuci mula dikenali semasa Luguang menguasai Liangzhou. Pada zaman Dinasti Zhou utara, Ashnashi, maharani puak Tujue telah membawa masuk sekumpulan pemuzik dan penari dari Asia Tengah ke kawasan aliran dan hilir sungai Kuning China. Kebanyakan lagu dan tarian dari kawasan barat Dinasti Beichao tersebar masuk kawasan aliran tengah dan hilir Sungai Kuning China dan amat popular pada zaman Dinasti Sui dan Tang. Kawasan aliran tengah dan hilir sungai Kuning China semakin terkenal apabila tersebar dengan banyaknya lagu dan tarian oleh golongan seniman yang bertujuan untuk memperbaharui lagu dan tarian. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pelbagai negara Asia Tengah memeluk agama Islam selepas zaman Dinasti Tang. Mereka merupakan nenek moyang kepada penduduk etnik Hui di China. Tarian etnik-etnik di kawasan aliran tengah dan hilir sungai Kuning China tersebar dari negara tersebut. Itulah sebabnya tarian tersebut digemari oleh penduduk etnik itu.

CRI/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik jugak ni boleh buat bini ke