19 Mac 2010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

2 Rabiulakhir 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Harakahdaily.net/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini la sikap seorang manusia yg bernama zahrin. yg pelik knp baru skrg nak melalak pasal pakatan.knp xmelalak memburukkan pakatan 1 tahun 7 bulan lalu.knp baru skrg nak melalak.apakah krn setelah permohonon tender padang golf utk RM2 tidak diterima dan jwtn CEO digugurkan.inila yg dikatakan manusia berlidah cabang 10.manusia bertopeng duit kedudukan pangkat dan kuasa.bila kemahuan nafsu syaitan tidak dipenuhi maka inilah yg tjd. pakai sondol xtengok kiri kanan. ape yg nak peliknya.klu betul anwar nak buat mcm tu, biar dia buat.bukan krn utk diri dia.tp utk rakyat. xsanggup tengok rakyat ditindas oleh mereka yg berkuasa hanya utk kroni mereka. habis harta rakyat di muntah kedarah oleh mereka. salah kah klu sesuatu perancangan itu xberlaku,kita perlu berpaling tadah.di mana semangat juang zahrin.selama sidang parlimen dulu xde plak batang hidung dia berucap.tp krn nak membongkarkan cerita yg blm tentu btul, zahrin telah diberi laluan sedemikian rupa.semata2 nafsu amarah yg membuak kpd anwar. klu Mp puchong hujah pasal al tantuya, kena gantung 1 tahun.tp smlam speaker tengok,seolah-olah memberi laluan yg seluas-luasnya kpd zahrin utk mencemuh ketua pembangkang sedemikian rupa. dimana sikap profesional speaker.mereka yg sebelah sana melalak lebih dr lutong yg ada di hutan.baik kera baik dr dorang ni.

Tanpa Nama berkata...

ustaz..leh huraikn sdkit psal 16sptember..
sya pd mulanye pn mnghrap sgt ia brlaku..
tp sya ttpu gk ngn kes ni..xda spe pn yg leh jlaskn scra munasabah npe xbrlaku 16sptmber..mulai aritu sya dh kurg ykin ngn PKR..tp sya stil setia pd PAS...sya prlukn prjlasan je..bukn nk hntam ke ape ke..sory sbb sya msih mentah lg dlm dnia plitik n bru je lyak utk mngundi..

Tanpa Nama berkata...

perancangan,teknik,taktik.inilah perkara yg diperlukan dlm sesuatu peprangan.bgitu jga politik.ia pelu perancngan yg rapi teliti.bagi gua,gua rasa rancangan 16sept tu dah berjaya.wlupun xpnuh,tp taknik perang saraf yg digunakan telah membuat puak2 Bn ni berpeluh xsenang duduk hingga halau semua MP dia makan angin ke taiwan.hahahah. ni la namanya taktik.dalam politik gua rasa ini perlu.krn serang hendap bleh membuat musuh menggelepar dan masa yg sama kita perlu melihat kelemahan musuh disamping dpt mengetahui rakan2 seperjuangan yg miliki semangat juang yg tinggi atau sebaliknya.susah ckp mcm zahrin daaaa.

Tanpa Nama berkata...

Syabas DS Anwar Ibrahim di atas kesungguhan memperjuangkan keadilan. Teruskan. Walau ribut petir, halir lintar kilat sabung menyabung. Pejuang-pejuang dulu sanggup mati demi mematarbatkan Islam. Saya menyokong sepenuhnya, rakyat meyokong sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

kalau di luar negara Zahraian telah lama dipulau rakyat.