Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.
Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.
Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.
"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."
Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.
"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.
Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.
"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi. Malaysiakini/-

9 ulasan:
kalau rumah kos rendah 38K setiap satu , dah bole bina 2000 rumah utk 2000 keluarga yg membawa manfaat kpd 10000 rakyat malaysia ( dgn isirumah 5 sekeluarga ) ..
77,000,000.00 bahagi dengan rakyat malaysia kecuali aku dan keluarga aku 26,999,987= berapa ye ///rm 2.85...baguih dok ada saham akhirat la tu... aku kalu depa ambik duit aku bayaq kat syirik yahudi tu aku tak halal seduit pun....aku tuntut di akhirat nanti...
anak babi di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan..
membazir betul wang rakyat....
Kerja gila semua..sdgkan rakyat di Sabah hidup melarat.
Bantu saudara Islam tertindas di Sabah di http://nurilhakim.blogspot.com
Ha beringat, jangan kena bahong dengan menteri2 BN (Barang Naik) ajar sama dia di Hulu Selangor nanti...biar geng Barang Naik tau isnin rabu....kasi malu sama dia..
memang sah satu malasia tali barut israel la
harapkan pagar pagar makan padi..
harapkan najis jadi meteri habis duit rakyat dicuri..
karam sin tegelam melaporkan untk tv3suku...
Assalamualaikum, Tuan yb:
Pohon tolong promo Projek Life Line 4 Gaza spt alamat http://www.lifeline4gaza.org/. Projek menerobos keangkuhan Yahudi Zionism.
Projek bersama armada kapal kargo bantuan bekalan haban kemanusiaan sokongan kerajaan Turki PM Erdogan.
Catat Ulasan