15 April 2010

PAS PERAK BANTAH PERLANTIKAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH PERAK

Pesuruhjaya PAS Perak didampingi oleh Timbalannya, DS. Nizar Jamaluddin, Dr. Khairuddin, Ust. Misbahul Munir dan Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang akhbar di Ipoh pagi tadi.



29 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul. PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut :-

1. Mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) . Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).

2. Lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP. Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.

Jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

3. PAS Perak menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

4. PAS Perak juga mempersoalkan mengapa Timbalan Pengarah JAIP yang mengeluar dan menandatangani surat sembah maklum kepada Tuanku, di mana Pengarah JAIP?

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balek dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga.

PESURUHJAYA PAS PERAK
UST ABU BAKAR HUSEIN.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno-apco begitulah resamnya

Tanpa Nama berkata...

perangai mcm yahudi

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu kenapa cara perlantikan sedemikian?
Dalam UMNO hanya 1 orang sahaja yang layak setiap daerah yang lain tu hampeh!! jadi kalau terbuka ramai yang layak di pihak kumpulan lain.
Moralnya selama 53 tahun merdeka UMNO tidak dapat melahirkan ramai mujahid......nak biar mereka bela islam lagi?