20 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 4 Mei: Kelainan Kelantan yang ditadbir seorang ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlandaskan dasar Membangun Bersama Islam turut menarik minat cendikiawan dari dunia luar termasuk bekas hakim dari India.
Hari ini, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Chennai, Abdul Hadi Miran, 75 mengunjungi hormat Menteri Besar di pejabatnya, di sini.
Turut hadir anak beliau yang juga merupakan seorang peguam di Mahkamah Tinggi Chenai.
Menurut Abdul Hadi, impiannya untuk bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah lama dipendamkan dulu kerana ketika itu beliau masih bertugas.
Beliau berkata, peribadi Menteri Besar Kelantan sering menjadi bahan bualan masyarakat Islam di Chennai dan perkembangan di negeri ini turut diketahui masyarakat di sana.
“Saya merakamkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru menerima kunjungan kami. Kenangan ini akan dibawa pulang dan diceritakan kepada masyarakat di Chennai,” kata beliau.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz fasih bercakap dalam bahasa Urdu bersama Abdul Hadi.
Abdul Hadi juga melahirkan rasa kagum di atas kehidupan masyarakat di negeri ini yang berada dalam keadaan aman walaupun pelbagai bangsa dan agama.
Katanya, ia adalah satu cara yang diajar Islam iaitu berbuat baik terhadap sesama manusia.
Harakahdaily/-

7 ulasan:
bila le plak perak nk ditadbir oleh ulama mcm tok guru nik aziz ni???
Pemuda PAS
tgk betapa mulia nya Tuan Guru di sisi Allah sampaikan masyarakat di negara lain yang jauh beribu batu boleh mengagumi beliau, tetapi masyarakat di negara sendiri plak buta dan jahil kerana tidak nmpk kebaikan Tuan Guru, yang mereka nampak adalah sebaliknya..apabila manusia sudah lupa niat sebenar lahir ke dunia..
Tak dapat Ulamak... tapi dapat Mamak...
Yang tak sukakan golongan ulama, kalau makhluk ghaib iblis/syaitan, kalau yang zahir yahudi dan sekutunya, kalau dalam Malaysia umno dan ahlinya.
hahahaaa..tergelak sampai tergulung2 bila baca john labu bukit beruntung punya: Tak dapat Ulamak... tapi dapat Mamak...
entahlah macam - macam di dunia ni
subhanallah.. inilah orang-orang hebat dizaman kita, di negara Malaysia
Catat Ulasan