20 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Roslan SMS
Getting the friend of Aminulrasyid Amzah to tell his version of what happened that led to the shooting of the 15-year-old is an unethical move.
Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said the lawyer’s action in holding a press conference and exposing the boy, a key witness in this case, was a cheap publicity stunt to garner public sympathy while investigations were still under way.".
ETHICAL atau beretika bermaksud melaksana atau melakukan sesuatu perkara dengan cara bermoral atau menepati perlakuan yang betul.
Semalam adik Azamuddin Omar 15 tahun, rakan kepada Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh pihak polis di Shah Alam baru-baru ini telah membuat kenyataan kepada media, versi beliau sebagai saksi utama, akan apa yang sebenarnya terjadi pada malam kejadian tersebut.
Pihak polis menganggap tindakan membuat kenyataans seumpama itu sebagai TIDAK BERETIKA, publisiti murahan untuk meraih simpati masyarakat.
Sesungguhnya simpati masyarakat telah pun bersama keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid sebaik mengetahui tentang insiden malang ini.
Simpati masyarakat bukannya membuta, tetapi bersandarkan satu fakta penting iaitu anggota polis yang bertugas pada malam itu telah menggunakan senjata api dan menembak seorang murid sekolah 15 tahun yang tidak bersenjata sehingga mati.
Siapa yang tidak beretika?
Beretikakah kita apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Allahyarham adalah penjenayah?
Bagi saya tindakan adik Azamuddin Omar semalam adalah berani dan bijak. Kini rakyat terdedah dengan perkara sebenarnya. Tiada siapa yang boleh menyembunyikan fakta lagi.
Yang kita mahu adalah keadilan, walaupun pahit dan mengena batang hidung sendiri, asal saja kita tidak zalim dan dimurkai Allah!
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

12 ulasan:
saya sependapat dgn penulis.. kalau saya yg ulas perkara ni memang tak sedap dibaca.. malah akan menyakitkan hati pihak polis.. tapi apapun kenyataan dari ketua polis selangor tu memang bodoh!
seharusnya semua pihak hendaklah berlapang dada dan mengakui kelemahan dan kesilapan masing-masing. walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai situasi. kalau kita telah bertindak salah akui kesalahan itu, kiranya tersilap akui kesilapan dan mohon maaf, dan berhati-hati dimasa depan. lebih baik dari kita menegakkan benang basah dan mempertahankan diri walaupun semua orang boleh / telah menilai adil atau tidak nya tindakan yang dilakukan itu.
beretika kah? sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar, sebilah parang telah dijumpai bersama penjenayah tersebut. diharapkan catatan polis biarlah sama dengan 'catatan' yang dibuat oleh MALAIKAT KIRI DAN KANAN YANG ADA BERSAMA PADA MALAM ITU, sebab kita semua akan berdepan dengan mahkamah ALLAH SWT di akhirat kelak.
mana kenyataan tersebut?masukkanlah dlm internet biar ramai yg baca..
rakyat perlu tahu kebenaran peristiwa yang berlaku, kenapa perlu sembunyi, sekiranya tak bersalah....
rakyat bawahan mati kena tembak tiada kes, bagaimana kalau anak menteri?
biar mamnpus rakyat asalkan KPN selamat
dasar najib rakyat dahulu diperbodohkan, rakyat mati dulu
PEMIMPIN JAHAT AKAN MELAHIRKAN PEGAWAI2 YANG JAHAT!
UMNO/APCO
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!
The IGP and his kuncu-kuncu should step down now. They could not control the situation profesionally.....malu aku ada IGP macam ni....resign ja lagi baguih. Now the public look the police force like an enemy...then whose fault....the answer is the IGP.
Kalo tak salah apsal nak gelabah.
Ada kemungkinan budak ini terpaksa mengikut skrip polis jika tiadanya campurtangan org-org "cerdik" disekelilingnya..
Cuba perhatikan, mana dia suara Khairisuara Mukhriz? mana putri UMNO dan pemuda UMNO? Tak seorang pun yang berani berkata apa apa. Dimana rasa keadilan dan timbang rasa dalam qalbu mereka? Malahan penyokong UMNO pun berdiam diri.
Ini bukan soal parti, ini soal keadilan dan kesejahteraan rakyat. Sepatutnya semua rakyat Malaysia terlibat dalam merasakan apa yang sedang terjadi di dalam masyarakat, tak kiralah sama ada menyokong pehak yang mana tapi sekurang kurangnya perihatin dengan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat.
Catat Ulasan