06 Mei 2010

RM 50,000: Satu penyelewengan,harta negeri dibahagi-bahagikan!

20 Jamadil Awal
Oleh: Anak Sengat

Tahniah Zamry,buat harta kerajaan Perak macam harta mak bapak Barisan Nasional. Demi meraih sokongan Cina, Zamry yang dulu menuduh DS Nizar sebagai alat Cina menjelaskan sebenarnya dialah yang menjadi kuda tunggangan MCA.

Kenyataan Presiden MCA bahawa kerajaan Perak telah meperuntukan RM 50 ribu untuk setiap bahagian MCA adalah suatu pendedahan tindakan korup kerajaan Haram Zamry.

Saya yakin selepas ini MIC pun mahu peruntukan seperti itu. PPP yang dipimpin oleh Kaveyas tentunya lebih mahu lagi. Apakah ini budaya baru Barisan Nasional dalam membahagikan harta kerajaan Perak macam harta mak bapak mereka. Sudahlah kerajaan pun dirampas, kini harta pulak nak dirampas.

Kenyataan ini jelas satu penyelewengan harta kerajaan untuk kegunaan parti. Jika begitu, maka wajar penyokong Pakatan Rakyat tidak membayar cukai termasuk zakat kepada kerajaan negeri. Isu penyalahgunaan harta zakat pernah timbul semasa BN memerintah Perak dulu. Kini harta kerajaan Perak diselewengkan dengan terbuka tanpa berselindung lagi.

Tindakan berani kerajaan haram Zamry ini mungkin hasil keyakinan bahawa tiada siapa dapat mengatasi kuasa mereka termasuk undang undang. Mereka merampas kerajaan secara di luar undang- undang , maka apa perlu ditakut lagi pada undang-undang!

Inilah kesan bahaya dari rampasan kuasa di Perak. Institusi kehakiman perlu mengambil kira apa yang terjadi ini sebagai satu penilaian semula terhadap rentetan krisis undang undang di Perak.

Apakah selepas ini ada kuasa yang mampu menyekat kerakusan kuasa kerajaan Haram Zamri dalam melaksanakan apa sahaja cita cita rakus politik mereka? Rakyat sedang menanti dan memerhati tindakan rakus mereka.

Kesabaran rakyat terpaksa ditingkatkan kerana telah hilang kepercayaan terhadap semua institusi yang dirasakan boleh bernaung selama ini. Namun pilihan raya ke-13 tentunya akan menjadi detik ngeri pengajaran berpanjangan buat kerakusan kerajaan Haram Zamry dan semua yang bersekongkol dengan mereka,biar siapa dan apa pun kedudukan mereka.

Dalam negara demokrasi rakyatlah raja segala raja, sekalipun ternyata pincangnya proses demokrasi pilihanraya yang diuruskan oleh SPR!

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap Pakatan Rakyat buat laporan SPRM dan Polis diatas penyelewengan wang kerajaan kepada parti politik oleh kerajaan negeri Perak sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Betul ke berita ini wahai anak sengat? jangan buat tuduhan melulu, siasat dan buktikan dengan fakta yang lengkap.

Saya setuju kalau peruntukan itu diberi kepada rakyat Perak yang BERHAK (untuk membina kehidupan spt golongan miskin, OKU , sakit yang kritikal, pelajar yang memerlukan dan seumpama dengan nya) tak kira dari kalangan cina, india , atau apa kaum sekali pun. Tetapi kalau diberi kepada parti spt MCA, UMNOAPCO, MIC & komponan BN kami sebagai rakyat Perak tidak merelakan nya.

Kemana pergi wahai melayu umnoapco yang kononya berjuang dengan slogan HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO, tunjukanlah kemelayuan kamu dimana WAHAI WIRA BANGSA, PEMUDA GERAK GEMPUR, KOMANDO UMNO. Kasihan budak muda dalam umnoapco ditipu oleh pemimpin mereka dengan habuan semangkok makanan, RM50, sehelai vest (wira bangsa) dibawa dengan bas ke merata tempat untuk menunjuk kan sokongan mereka kepada umnoapco, tidak mengira hujan dan panas terpekek terlalak. kamu fikirkan lah (otak itu untuk berfikir) HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO tapi calon nya KAMALANATHAN ??????????????????. YB tahu tak di UPU Keledang (PRK Hulu Selangor)penduduk India (orang tempatan) suruh pengundi India sokong calon Melayu, tapi budak-budak (PLKN)suruhan umnoapco dengan semangat HIDUP MELAYU DAN HIDUP UMNO.

Aku nak tanya kemana orang umno yang anti cina kenapa tak bantah tindakan zambri itu, dulu kamu kata DS Nizar boneka dan barua cina. DS Nizar bagi pada rakyat cina yang berhak bukan bagi kepada pemimpin yang kayaraya.

Ini lah rupa nya sebahagian dari budak-budak melayu yang di'robot' kan oleh umnoapco, tak boleh berfikir dan masih belum merdeka lagi.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh tak bertamadun umno-apco duit rakyat dia buat macam duit bapak dia

Tanpa Nama berkata...

ha3..aku dengar zambry mugabe batal kan peruntukan atau budget utk pej daerah dan tanah taiping...alasan takde duit...abis tu kata pelabur byk dtg ke perak...tapi kata takde duit..apa cerita?

gippo74 berkata...

salam..

dulu kerajaan pr perak dikatakan hanya membela orang cina.sekarang kerajaan haram bn guna duit rakyat utk membela orang melayu kerana mca tu semuanya melayu.tahniah kpd semua penyokong ubn kerana berjaya membela melayu.