14 Mei 2010

Hadi: Pemimpin bukan Islam Pakatan sokong haram judi

28 Jamadil Awal 1431 H

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam....dah kawan dengan yahudi ...ikut perangai dia lah...orang budha dan hindu pun reti..hang (umNO) konon2 islam..tak reti reti..daripada hang(zamri)ajak org. ikut ajaran sesat ko tu...baik la ko ikut yahudi tu....nauzubillah...bertaubatlah...aku cakap elok2 hangpa tak reti..ni aku bagi kasak sikit...

Tanpa Nama berkata...

kalau awang kata nak menghalalkan perkara yang dulunya haram, nampaklah kejahilannya yang sebenar. Mujurlah bn kalah di kelantan. jika tidak, kelantan mungkin sudah jadi pusat judi terunggul di kalangan negara islam sedunia.

ingat judi, ingat awang adik. ingat awang adik, ingat judi. kini dan selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia...bangsa Melayu, Cina and India semua suka bolasepak.
dulu hanya segolongan orang berjudi, semua bangsa cina.....judi haram yang boleh berhutang dulu...

Kini 2010, PERCAYA?? semua bangsa akan berjudi termasuk bangsa Melayu...??
Percaya sekarang golongan bangsa Melayu yang akan rugi besar....sebab mereka suka bolasepak...berjudi sikit-sikit dengan menonton siaran langsung baru 'syiok'...