28 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya sebagai satu perbuatan zalim ke atas rakyat.
"Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai yang akan ketagih berjudi.
"Mula-mula memanglah kaki-kaki judi akan berjudi dalam perjudian yang berkaitan dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, tetapi mereka akhirnya akan ketagih dan selepas itu akan beralih kepada judi yang tidak diberi lesen pula, mungkin yang berkaitan dengan Piala Malaysia atau apa sahaja sukan asalkan boleh berjudi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.
Malah, katanya, kemajuan sukan di Malaysia akan terancam jika kaki-kaki judi, sama ada yang berlesen atau tidak, berjaya mempengaruhi keputusan permainan.
"Bayangkan jika kaki-kaki judi berjaya mempengaruhi keputusan Piala Malaysia dan liga-liga yang berkaitan dengannya, akan hancurlah kemajuan bola sepak negara ini.
"Akhirnya ranking bola sepak merudum teruk, ranking Malaysia sebagai syurga judi pula yang akan naik," kata Mahfuz.
Kesan dari tindakan kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu bukan setakat mengancam kemajuan sukan di negara ini, malah lebih buruk lagi akan mengancam keharmonian institusi keluarga, memiskinkan lagi lebih ramai rakyat ketika Kumpulan Berjaya yang merupakan kroni Umno BN meraih keuntungan malah akhirnya akan menjadi ancaman sosial yang sangat mengerikan.
"Sebab itulah kita tegaskan bahawa tindakan kerajaan memberi lesen judi semasa Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya itu adalah perbuatan zalim yang sangat kejam terhadap rakyat dan keharmonian sosial dalam negara ini," katanya.
Dalam nada sini, katanya Kumpulan Berjaya mungkin akan memohon logo halal pula daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Menteri Kewangan kelmarin secara rasminya memberi lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya yang sekaligus bermakna kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) telah menghalalkan aktiviti yang haram di sisi agama dan mengancam keharmonian sosial itu.
"Apabila kerajaan Umno BN telah menghalalkan aktiviti yang haram itu, agaknya Kumpulan Berjaya akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya," katanya sinis.
Harakahdaily/-

3 ulasan:
sama-sama la kita pakat-pakat sorang sikit tanggung dosa judi tu!!! nak kata tak subahat pun dah kita duduk di tanah melayu.. terima bantuan kerajaan pusat!! kalau datang bala/azab/laknat Allah kita semua akan kena.
apa pandangan YB? apa patut kita buat utk cegah maksiat judi ni?? masalah yg paling besar sebab penyokong kerajaan masih kuat.. yang menyokong judi pun ramai jugak.
kita tak boleh laa nak salahkan kerajaan bulat-bulat sebab halalkan judi ni sebab kerajaan pusat memang dah hancur dr segi kerohanian
.. tapi apa peranan kita pulak selain dari membantah di parlimen??
Ya Allah, sesungguhya kami ini sedang menentang kejahilan bangsa yang solat ..,puasa, haji,tapi tetap melakukan maksiat...ampunkanlah kami.jangan Engkau jadikan kami seperti Acheh. Dilanda bala tsunami.kami sedang menuntut maksiat ini ditarik balik.
Up : Ustaz Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Bersamalah kita mencegah maksiat ini.
Kalau tak nak cegah maksiat ini hangpa tunggulah di akhirat sana, sampai habis kena soal...lepas tu....!!!!! syurga atau neraka....
Yb ,, tujuan yahudi nak sesatkan sukan dah tercapai di malaysia,,menghalalkan judi bola..Mereka minta nasihat dari ejen yahudi cara nak selesai masalah judi haram...maka jawapan ejen yahudi senang je halalkan..
up:buat menteri kewangan yang bangang lagi baghal tanyalah aku kalau nak selesaikan masalah judi..kalu malu nak tanya kat aku pi la tanya kat mufti perak harusani tu.
Jahil tahap gaban awang adek ni
Ahli Parlimen minta buat persidangan tergempar prihal Judi bola ..Tengok berapa orang setuju/tak setuju
Catat Ulasan