24 Jamadil Awal 1431H.
Wanita Pakatan Rakyat
Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Ibu berperanan besar dalam menentukan corak dan kehidupan generasi mendatang kerana kebiasaannya ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya juga berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara.
Persekitaran yang mendorong pembentukan ibu-ibu yang sejahtera merupakan asas kepada sesebuah keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.
Kegagalan prasarana yang asas itu akan mengakibatkan berbagai negativiti sosial yang merugikan sesebuah negara bukan sahaja dari perspektif sosial tetapi juga ekonomi, kewangan, dan segala aspek pembangunan negara yang berdaya tahan (sustainable development).
Kegagalan membentuk ibu-ibu yang sejahtera akan melahirkan juga generasi yang bermasalah dan merugikan masyarakat dan negara.
Peranan ibu hanya merupakan separuh dari tanggungjawab sepenuhnya terhadap menentukan pembangunan anak-anak, keluarga, masyarakat serta negara. Separuhnya lagi adalah rakan kongsi ibu, iaitu bapa.
Keduanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.
Kedudukan dan peranan keduanya setakat ini hanya di lihat dalam soal mengawal tabiat dan kelakuan anak-anak supaya tidak mengganggu sesuatu acara atau majlis atau memastikan anak-anak mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik atau tidak menambah kepada statistik penagihan dadah, gejala lepak, rempitan, dan yang terkini supaya memastikan anak-anak tidak ditembak oleh polis dengan sengaja atau seumpamnya.
Peranan ibu dan bapa tidak diiktiraf secara rasmi dalam bajet negara dan rancangan-rancangan Malaysia, di mana kedua dokumen itu hanya memperakui sektor yang formal yang mempunyai sumbangan RM terhadap pembangunan dan ekonomi negara.
Para ibu dan bapa kini mengharapkan suatu dasar negara yang boleh menyelamatkan kehidupan kekeluargaan, yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, aset negara yang paling berharga.
Dalam suatu kajian di Amerika, nilai ekonomi penjagaan anak-anak sahaja ialah hampir RM30 bilion, tidak termasuk hal-hal pengurusan rumahtangga yang lain. Dalam ukuran GDP keseluruhan nilai dikatakan melebihi 50% GDP. Fakta tersebut tidak disebut dalam mana-mana dokumen penting kerajaan berkenaan. Sustainable development dan keutuhan sesuatu bangsa dan negara itu adalah bergantung kepada sektor informal yang didokong oleh para ibu khususnya.
Di Hari Ibu tahun 2010 ini, para pemimpin, khususnya dari kalangan Menteri dan ahli-ahli politik diseru untuk menghentikan selaran terhadap ibu dan bapa dalam melaksanakan tugasan mereka mendidik anak-anak kerana sebenarnya kerajaan yang diamanahkan untuk mengatur kehidupan warga Malaysia telah gagal mewujudkan prasarana, persekitaraan dan jentera kerajaan yang bersepadu (integrated) bagi menjamin kehidupan kekeluargaan yang selamat dan sejahtera, mampu menjana dan menghasilkan warga masa depan yang berhemah, bijaksana, amanah, memiliki jati diri yang jitu, berprinsip, berketrampilan, berperi kemanusiaan dan saling bantu-membantu dan berkasih sayang demi kemaslahatan sesama insan dan juga mampu membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang boleh menjadi contoh kepada dunia.
Pengukuhan dan kemantapan kehidupan sosial, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia bergantung kepada sejauh mana kerajaan berjaya melaksanakan tuntutan mewujudkan persekitaran dan prasarana yang bersesuaian bagi para ibu agar mereka mampu melaksanakan tugasan mereka di dalam dan di luar rumah serta memberi sumbangan terbaik kepada seluruh aspek pembangunan fizikal, spiritual, intelektual dan ekonomi negara.
Ibu sejahtera, Malaysia berjaya.
Untuk semua ibu tersayang, Selamat meyambut Hari Ibu 2010.

3 ulasan:
dalam islam setiap hari adalah hari ibu, syurga dibawah telapak kaki ibu. Tapi ibu sekarang ada yang buang anak merata-rata, termasuk dalam tong sampah, hasil dari kemajuan dan kegagalan pemerintahan BN/UMNO. kenapa tak mahu laksanakan islam yang syumul?
ibu-ibu hendaklah menolak BN untuk kebahagiaan dunia mahupun akhirat, ada judi halal dan ada judi haram dalam UMNO...
lahirkan anak-anak yang berjuang pada jalan allah wahai kaum ibu, bukannya yang menyokong kezaliman...
Catat Ulasan