01 Julai 2010

Kaukus petroleum: PR jumpa Kuli hari ini

17 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pakatan Rakyat akan mengadakan satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bagi membincangkan isu royalti petroleum untuk kaukus parlimen yang ditubuhkan.

Pertemuan tersebut akan belangsung hari ini dalam satu majlis makan tengah hari di ibu negara.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang juga salah seorang yang menyertai pertemuan itu.

Salahudin memberitahu, pertemuan itu bagi membincangkan secara serius mengenai langkah-langkah seterusnya mengenai tuntutan petroleum.

"Saya akan mengadakan satu pertemuan khas mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Kami akan membincangkan langkah-langkah selanjutnya tentang isu royalti petroleum," katanya.

“Kami ada apoinment makan tengahari esok (hari ini) dan kami telah diamanahkan oleh majlis tertinggi Pakatan Rakyat untuk membincangkan secara serius esok dengan Yang Berhormat Mulia tentang kaukus petroleum yang ditubuhkan bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

PR mencadangkan ditubuhkan kaukus ini untuk membolehkan hak-hak royalti petroleum untuk setiap negeri di negara ini diberikan dengan adil.

Razaleigh dalam jawapannya berkata, beliau bersedia untuk menimbangkan cadangan ini dan akan turun memberikan sumbangan bagi menjayakan usaha ini.

Beliau sebelum ini menyokong penuh bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapatkan royalti minyak berdasarkan perjanjian Petronas dengan kerajaan kedua-dua negeri itu.

Namun sehingga kini, kerajaan Pusat di bawah BN tidak menunaikan janji itu bahkan akan memberikan wang ehsan untuk kedua-dua negeri itu.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
ADA TEORI MENGATAKAN BAHAWA SELEPAS PERANG DUNIA KE-2, NEGARA2 TANAH JAJAHAN EROPAH (TERUTAMA NEGARA2 UMAT ISLAM)AKAN DI MERDEKAKAN DGN DIGUBAL PERLEMBAGAAN YG MENJAGA KEPENTINGAN PENJAJAH DAN JANGKA PANJANGNYA AKAN MELEMAHKAN KEKUATAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL PENDUDUK PERIBUMI TERUTAMA ORG2 ISLAM,YG MEMBAWA KEPADA
HURU-HARA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.

DAN APABILA PENDUDUK PERIBUMI LEMAH, LANGKAH SETERUSNYA IALAH MENJADIKAN PEMERINTAH MENAFSIRKAN PERLEMBAGAAN MENURUT HAWA NAFSU MASING2...-PEMERINTAH DICUCUK HIDUNG- YG PADA HAKIKATNYA JUGA DIGELAR SEBAGAI KERAJAAN 1DUNIA YG TIDAK ADA PERLEMBAGAAN... PERLEMBAGAAN BAGI MEREKA IALAH MENURUT HAWA NAFSU UNTUK MENGEKALKAN KUASA DAN APA SAJA YG DI ARAHKAN OLEH ZIONIS-ISRAEL DAN AMERIKA SECARA RAHSIA DAN TIDAK LANGSUNG.

ISRAEL-ZIONIS INGIN MEMASTIKAN BAHAWA WUJUDNYA 1KERAJAAN DUNIA BERPUSAT DI ISRAEL DAN SEMUA KERAJAAN DUNIA MENURUT DAN BERBUAT MENGIKUT KEHENDAK DAN KEPENTINGAN KAUM YAHUDI ZIONIS, WALLAHUA'LAM.

WALAUPUN IANYA HANYA SATU TEORI NAMUN BERHATI2LAH WAHAI UMAT ISLAM.