09 Jun 2010

Muktamar Pemuda PAS bahas usul mansuh judi

25 Jamadil Akhir 1431 H

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bersidang Khamis ini dijangka akan membahaskan empat usul antaranya mendesak kerajaan memansuhkan pemberian lesen judi sukan.Menurut pengerusi jawatankuasa usulnya Suhaizan Kaiat, usul daripada Pemuda PAS Johor itu akan dibincangkan kerana "perjudian boleh mempengaruhi kualiti sukan" di negara ini.

"Kita mendesak agar judi sukan ini dimansuhkan kerana ia memberi kesan terutama terutama terhadap institusi keluarga," katanya yang juga setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).Suhaizan berkata muktamar mereka akan turut membahaskan usul bagi mendesak kerajaan menimbangkan kembali tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH).

Beliau yang juga ketua penerangan Pemuda PAS berkata, tuntutan BERSIH antaranya berhubung pemansuhan undi pos, penggunaan daftar pemilih yang bersih dan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya "tidak ada tindakan daripada kerajaan".

"Saya salah seorang yang terlibat secara langsung membongkar kelemahan undi pos, tetapi kerajaan masih tidak memansuhkannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Aarh berkata...

Ini boleh dijadikan langkah permulaan untuk menghapuskan terus aktiviti judi yang dilesenkan di negara ini..

JUDI MUSUH NEGARA... berkata...

SALAM,
1)TOLAK SEMUA JENIS JUDI
(MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN OLEH ALLAH-BERCANGGAH DGN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN)

2)TOLAK PEMIMPIN YG MINUM ARAK
(MELANGGAR HUKUM ALLAH)

3)TOLAK PEMIMPIN JUAL/GADAI HAK NEGARA
(NEGARA KITA, MARUAH KITA, KEDAULATAN KITA)

4)TOLAK PEMANSUHAN SUBSIDI KPD RAKYAT
(PRIHATIN GOLONGAN MISKIN YG SEMAKIN RAMAI)

5)TOLAK PENGSONGLAP WANG NEGARA
(NEGARA BAKAL BANKRAP 2019)

6)TOLAK PEMIMPIN2 YG BEKERJASAMA DGN MUSUH ISLAM
(TIDAK PERNAH UNTUNG SESIAPA SAHAJA YG BERBAIK2 DGN YAHUDI APCO, ASIASOFT)

7)TOLAK PEMIMPIN2 POLITIK YG SENTIASA BERCAKAP BOHONG DULU, KINI DAN SELAMA2NYA.

INGAT, RAKYAT MALAYSIA BUKAN BODOH...
TAK NAK BERUBAH-SAMPAI SEKARANG TAK BERUBAH LAGI, MALAH MAKIN TERUK, UMNO BE END PASTI AKAN REBAH PRU-13 NANTI INSYA'ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

PILIHAN RAYA TELAH BEGITU BANYAK DIADAKAN DI SELURUH DUNIA. NEGARA-NEGARA DALAM ASIA, AFRIKA DAN SELATAN AMERIKA DILAPORKAN TERLALU BANYAK RUNGUTAN DAN BANTAHAN TENTANG KECURANGAN PIHAK BERKUASA DALAM MENTADBIRAN PILIHANRAYA. TUDUH MENUDUH SEHINGGA ADA PEMILIHAN DIBATALKAN.

UNTUK MENGENAL KECURANGAN DAN PENIPUAN : PEERTAMA, PERLU DIADAKAN PERJUMPAAN DENGAN SEMUA "PIHAK YANG KALAH ATAU YANG DIKATAKAN KENA TIPU" PERINGKAT ANTARA-BANGSA DI SUATU TEMPAT "BEBAS" DALAM DUNIA INI.

KEDUA, PERSIDANGAN MEMBERI PENDAPAT BAGAIMANA
PENGUNDIAN BOLEH DISEBUT SEBAGAI SISTEM DAN ALAT YANG PALANG BEDRSIH DEMOKRASINYA. JUSTERU ITU SEMUA SUDUT SISTEM DIKAJI DARI SURUHAN JAYA YANG BERKAITAN DENGAN KUASA DAN TUGAS, DIRI PERIBADI PENGUNDI,WAJAH PENGUNDI YANG DATANG, ALAMAT PENGHUNI YANG SEBENAR, BUKU PENDAFTARAN YANG TELUS, KERTAS UNDI YANG TERKAWAL DAN BEDRSAKSI, BELANJA YANG TERKAWAL, MELARANG ISU ATAU "PROJEK BARU" IAITU YANG BELUM DILULUSKAN ATAU TIDAK DIWARTAKAN MAKA SEWAKTU PILIHANRAYA ADALAH DILARANG.

PERSEDIAAN BAHAN HENDAKALAH DIKUMPULKAN MELALAUI SURAT MENYURAT, BLOG, LAMAN WEB DAN MEDIA MASSA.
INI ADLAH SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN YANG LUAS. ~ahmad Aq

Tanpa Nama berkata...

Bukat setakat judi sukan saja,semua jenis pertaruhan(JUDI)walauapapun namanya.Seperti zaman dahulu,ada loteri dihalalkan UMNO keran ada nama KEBAJIKAN.Begitu juga sekarang pertaruhan untuk memancing kalau mengikut definasi judi=sekumpulan orang mempertaruhkan sesuatu bagi mencuba nasib untuk mendapat hadiah,dalam percubaan ini ada yang menang dan ada yang kalah.Pertaruhan memancing juga banyak melibatkan orang Islam dan sebahagian nya menyumbang kepada masaalah sosial.