09 Jun 2010

PAS cadang wujud tentera OIC kawal misi kemanusiaan

25 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.

Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.

Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun, mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang.

"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Tindakan Israel itu juga, katanya aalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

GOLONGAN BERPURA2 SENTIASA AMBIL KESEMPATAN berkata...

Salam,

Kerajaan2 umat Islam sejak dr zaman berzaman kebanyakkannya lemah dlm membuat tindakan terhadap musuh2 Islam, sebaliknya inisiatif umat2 Islam sendirilah (golongan bawahan/sukarelawan) yg ikhlas-tidak disilaukan dgn harta/pangkat/kuasa dunia-yg rela berkorban utk Islam, sebaliknya pemimpin2 negara umat Islam (golongan yg berpura2) yg berjuang selain dr Islam, mereka pastilah keberatan yg amat sangat utk berkorban-jiwa-raga, dll...apa yg mereka boleh dan tahu sgt2 lakukan ialah MENGAMBIL KESEMPATAN PD BILA2 MASA, DAN DIMANA SAHAJA utk 'BERGABUNG' DGN MENYATAKAN MEREKA JUGA ADALAH GOLONGAN2 YG BERJUANG UTK ISLAM... PADAHAL, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, MEREKA BERCAKAP BERDEGAR2 TAPI TAHI TERSANGKUT DI GELEGAR...
Lihat sahaja perilaku mereka terhadap sukarelawan yg baru balik dr Misi Kemanusiaan di Gaza, MEMALUKAN...DAN MENJELIKKAN...
MENCARI PUBLISITI MURAHAN...

SEMUA RAKYAT DAH TAHU...

PENYOKONG JUDI MENYOKONG PERJUANGAN GAZA???

TEPUK DADA TANYA HATI/IMAN