09 Julai 2010

Dun Perak: Adun Pakatan bincang malam ini

25 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada hadir atau sebaliknya ke persidangan Dun pada 3 Ogos ini seperti notis yang dikeluarkan Speaker BN, R Ganesan.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Pakatan Rakyat tetap konsisten tidak mengiktiraf Ganesan sebagai speaker, apatah lagi notis panggilan yang dikeluarkannya.

Sehubungan itu katanya, Pakatan Rakayat negeri akan membincangkan berhubung perkara itu malam ini, sebelum diputuskan secara rasmi oleh Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

"Kami konsisten tidak mengiktiraf bukan sahaja Ganesan sebagai Speaker, juga Zambry sebagai Menteri Besar.

"Kita akan bincang beberapa opsyen yang ada, sama ada Speaker sah V. Sivakumar perlu keluarkan notis, dan sama ada kita tidak hadir, itu antara pilihan kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika ditemui Harakahdaily di parlimen.

Tambahnya lagi, Adun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk oleh BN seperti sebelum ini.

Sebelum ini jelasnya, kehadiran Adun Pakatan telah digambarkan sebagai pengacau dan budak-budak oleh pemimpin BN.

"Kami perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk kepada rakyat," katanya.

Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana tidaknya sidang DUN paling singkat...depa takut kat PR..lebih takut dari Allah..kalau depa takut kat Allah..depa tak akan rampas kuasa dengan cara lagu tu..betoi ke?.

kem aman berkata...

takut lagi banyak bersidang, lagi terserlah kebangangan kerajaan pintu belakang..

Tanpa Nama berkata...

WALLAH HU ALAM BISSAWAB..

Tanpa Nama berkata...

Kalau makanan haram jangan dimakan, pendatang haram ,tangkap hantar pulang, kalau speaker haram .............wallahualam. gani pat tail yang arif.

Tanpa Nama berkata...

ya, kalau ikut perlembagaan, deme makan duit haram la..nuuu..??.deme yg ghampeh kuasa. teman nak tanya siapa yang nak halalkan apa yang deme dah ambil?. gaji, elaun dan sebagainya..teman tak sior... .moh kite kerja lebih kuat lagi bior deme tumpor di PRU13, bior meraban teben deme.