24 Julai 2010

'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB ini lah yang di namakan BN/UMNO malaon!!! Mereka takut untuk menjelaskan nya kerana terlalu banyak tahi yang mereka simpan bawah carpet dan mereka akan pasti berlindung di belakang rahsia keselamatan negara. Nak menipu pun guna rahsia keselamatan negara? Apa yang rahsia nya dalam zaman sekarang ni? Mungkin rahsia kepada mereka untuk dapat banyak komisyen!!!
The truth is, there are too many "tahi", and remember that "the fish rots from its head" That exactly what happen in the Ministry of Defence.
Bayangkan lah seorang sarjan yang hanya baru di tudoh mereka sanggup seksa dan memaksa sarjan tu mengaku. Apabila di tahan kerana tak mampu mengadakan duit untuk ikat jamin, tiada se orang pun dari TUDM datang melawat dan bertanya khabar kepada sarjan tersebut dan apabila beliau di ikat jamin mereka mengancam untuk megugut sarjan tersebut. Sehingga ke hari ini tiada penjelasan dari pemimpin atasan ATM atas perkara ini- apakah sebenar nya Panglima Angkatan Tentera ataupun menteri pertahanan terlibat? Yang di hebahkan kat luar ni pun mereka tak layan apalagi kalau dalam dewan mungkin mereka akan main wayang kulit.
Untuk pengetahuan YB, Syarikat yang di senaraikan seperti AIROD, ATSC, ZETRO semua nya "not performing" dan terlalu banyak misteri di belakang nya yang kalau di biarkan pasti menggugat kemampuan pertahanan. TAPI NAK BUAT MACAM MANA!!! Menteri pun kena kelentong dengan general..... penipu vs penipu!!!

Tanpa Nama berkata...

Itu lah general malaon dan menteri malaon berada dalam suasana malaon yang tahu halal-haram tapi tak takut pada Allah. Kalau zaman saudina omar dulu malaon-malaon lagi hipokrit ni dipancung je.