22 Julai 2010

MUFTI PERAK: JANGAN AJAK PERKAUMAN SEMPIT

9 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menasihatkan agar Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria jangan mengajak rakyat terutama bangsa Melayu yang Beragama Islam agar membenci bangsa lain atau agama lain yang tidak sepatutnya dilakukan dan adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai orang penting merapatkan semua agama bagi memahami Agama Islam yang sebenar.

Pendekatan yang cuba dilakukan oleh Tan Sri Harussani amat dangkal kerana sebagai tokoh agama yang dihormati tidak sepatutnya dilakukannya bagi menjauhkan lagi bangsa lain atau agama lain terhadap bangsa Melayu yang Beragama Islam.

DPPN Pk sungguh kecewa dengan tindakan Tan Sri Harussani yang bertindak memburukkan lagi keadaan yang mana sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia sepertimana di dalam Perlembagaan Negara.

Bagi DPPN Pk yang menyedari bahawa tindakan Tan Sri Harussani tersebut lebih memburukkan lagi keadaan dan bukan menyatu-padukan seluruh rakyat dengan penjelasan kebaikan Agama Islam itu sendiri.

Islam menuntut Umatnya agar mempelajari dan mengambil tahu akan perbezaan setiap manusia agar mereka lebih dekat dan saling mengenali bangsa atau agama lain.

Oleh yang demikian, DPPN Pk meminta agar Tan Sri Harussani sedar akan perkara tersebut dan berharap usaha memberikan kefahaman Agama Islam diberikan keutamaan dengan jelas terutama kepada agama lain agar mereka lebih memahami Agama Islam itu sendiri yang termaktud di dalam Perlembagaan Negara.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harusani perlu jawab soalan ini dahulu sebelum menjadi jurucakap UMNO atau pihak peribadi beliau.! Siapa DS Nizar... melayu atau apa bangsa dan apakah pertalian Nizar dengan PAS?

Apakah peranan Harusani dalam urusan UMNO merampas kerajaan PR Perak. Kalau dia tak terlibat dia layak jadi jurucakap usaha penyatuan melayu. Tapi Harusani perlu ingat islam bukan hak melayu dan kebaikan juga bukan hak mutlak orang melayu. Antara melayu dengan cina siapa Islam dahulu. Nabi pernah sabda yang bermakna ada sesuatu ilmu yang yang amat baik ada dinegeri cina kalau tidak mengapa ada hadith nabi menyatakan
"Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri Cina".
Cina mendapat Islam terus dari sahabat bukan tabiin.

Kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan bangsa dan jika terlalu tebal sikap taksub jadilah kita masyarakat asobiah. Apa itu asobiah tentu DS Harusani lebih tahu...

Tanpa Nama berkata...

askum...awas dengan propoganda umno sekarang...umno sudah habis talian hayat..itu yang beria-ria sangat ingin mengajak PAS..pihak penerangan di pihak PR mesti menerangkan sebaik mungkin untuk menangkis dahyah UMNO ini...jgn sampai kita terperangkap dengan jerat UMNO ini...isu ini dimainkan oleh pengampu-pengampu UMNO dengan berkiblatkan APCO laknatullah..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tuan.
Saya hairan dengan Mufti Perak.
Beliau bercakap dari sudut Melayu Islam.
Ini adalah agenda beliau untuk melihat hanya Melayu Islam mendiami Syurga Allah.

Kenapa kesan Islam tidak menyeluruh kepada bangsa lain seperti CINA, INDIA, IBAN, KADAZAN dan lain-lain non-muslim. Adakah mereka ini selayaknya menghuni NERAKA.

Jadi "tepuk dada tanya selera"

-adam amin-
Jerlun, Kedah

Tanpa Nama berkata...

Mufti jenis apa ini? Satu masa dulu kata orang islam nak murtad beramai-ramai di gereja!

mahaza berkata...

apakah mufti ni telah diugut akibat kes ratus ribu murtad dahulu? fikir-fikirkan.....
bila Melayu=Islam; Islam=Melayu... inilah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Parameswara pun bukan Islam pada awalnya. jadi raja Melayu Melaka pertama. Kemudan masok Islam. Baru nak belajar pun. Masa zaman Melaka pun Islam lemah asek bergaduh dan perperang. Habis raja pun tiada sekarang. Adakah Melayu hebat kerana Islamnya.

Edyes berkata...

Salam tuan, minta bagi laluan terhadap artikel ini

Terima Kaseh

Tanpa Nama berkata...

Wahai harusani! cuba teropong baik-baik, zambri kader tu melayu ke? bukan kah dia tu orang india asalnya, bukan melayu jati. kata perjuangkan melayu,lebih baik berkata secara jujur,sebenarnya perjuangan membela umnoapco.

Bagi kami tidak kira siapa mereka samada Idham Lim, Anuar Tan, Farid Ravi, Ann Wan Seng, Ridzuan Tee, Mamat, Anjang, Kulup ke yang penting pemimpin yang berlaku adil berdasarkan tuntutan Islam. Kalau melayu tapi menderhaka kepada Allah, mengajak ummah mejauhkan diri dari Islam nak buat 'peghonjang' ape? (Dato Seri Hj Nizar faham istilah itu).

Tanpa Nama berkata...

Skng ni UMNO telah menggunakan Lidah bercabang rasminya Utusan Meloya, Berita hairan dan lain2 untuk menyebarkan berita fitnah dan seterusnya memecahbelahkan ahli dan penyokong sendiri.Harap pihak tertinggi PAS dan ahli2 PAS bekerja untuk melawan fitnah jahat ni.

Takkbirrrr

Tanpa Nama berkata...

Saya 'bangga' sebagai bangsa MELAYU melihat bangsa saya yang di tarbiah (dihasilkan mengikut acuan UMNO)oleh umnoapco RAMAI (RANKING TERTINGGI) menjadi MURTAD, PENAGEH DADAH, MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH, BOHJAN, BOHSIA, SUMBANG MAHRAM, PERAGUT, KAKI BOTOL, BLACK MATEL, SKIN HEAD, PELACUR, MAT REMPIT, PELAYAN KELAB MALAM, GRO, GAY, LESBIAN, KAKI JUDI, HIDU GAM dan beberapa profesion lain yang seumpama dengan nya. Tahniah dan terima kasih kepada umno. MELAYU BOLEH, MALAYSIA BOLEH.

Harusani nak pertahankan melayu, melayu seperti diataskah yang ingin dihasilkan? lagi lama umno berkuasa , lagi ramai akhlak melayu akan rosak, kerana dasar umno tidak mahu kepada Islam yang syumul.