15 Julai 2010

Nizar akan bawa 'saman ekor' ke Dewan Rakyat

2 Syaaban 1431 H

Anggota parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bawah, kanan) berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.

Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu kes ISA, U/BN hilang beberapa negeri
kini kes saman ekor pulak, tak taula berapa negeri lagi yg akan hilang diPRU 13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

harap2 semua negeri berpindah ke PR dlm pr 13 nie.
insyaallah