15 Julai 2010

Harakah sudah ada ePaper

2 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Shuhaimi Embong

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Satu pembaharuan yang baik kepada akhbar Harakah apabila edisi ePaper telah berwajah baru dan lebih cepat. Dengan hanya mendaftar, pengguna boleh menggunakan secara percuma selama seminggu.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, Mohd Suhaimi Embong, bagi para pembaca terutamanya di Sabah dan Sarawak yang menghadapi masalah edaran Harakah yang terhad dan tidak menentu, bolehlah melayari terus ke alamat http://epaper.harakah.net.my.

Katanya, melalui teknologi e-paper itu, idea mewujudkannya timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca di luar negara. Apa yang menarik Harakah edisi Jumaat telah boleh dibaca seawal hari Khamis. Begitu juga dengan edisi isnin boleh dibaca sebelum hari berkenaan.

Menurutnya, antara kelebihannya ialah dapat membaca sebagaimana membaca Harakah bercetak, dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus, tiada masalah kerana helaian mukasurat boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas.

Tambahnya, ePaper berbeza dengan Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan ianya memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

very good. Congrats!!

Tanpa Nama berkata...

nanti kena bayaran...brp anggarannya?