20 Julai 2010

Rosmah berbelanja mewah, rakyat terus dihimpit kemiskinan.

6 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan terkini isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

Rosman berucap ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri
kewangan.

Saya sangat hairan dengan kehadiran Rosmah untuk merasmikan bangunan itu dan dalam masa yang sama Najib hadir sebagai pemerhati dan dalam waktu yang sama Rosmah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan yang diketui juga oleh Najib.

Semacam satu lakonan bila bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 , tetapi baru dirasmikan kelmarin oleh Rosmah.

Bangunan berharga RM18.725 juta itu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah, Namun untuk 13 negeri lain Rosmah nampaknya memaksa Najib untuk menggunakan wang rakyat dari kementerian Kewangan.

Demikianlah siri pembaziran wang rakyat yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh pemimpin BN. Akhir-akhir ini oleh Rosmah sendiri.

Bagi saya apa yang dikatakan Wisma Wanita dan segala fungsinya sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak seperti yang dikatakan oleh Rosmah ada tugasan bertindih yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi yang sedia ada.

Bukankah itu satu pembaziran dan penyalah gunaan wang rakyat sedangkan rakyat terus dihimpit oleh kemiskinan dan tekanan kenaikan harga barang yang berulang kali dilakukan oleh BN.

Hampir pasti Najib akan meluluskan permohonan Rosmah, dan tentunya buka disitu Najib baru mengetahui Hasrat rosmah kerana mustahil hasrat itu belum diketahui najib dan baru diketahui najib semasa perasmian bangunan itu.

Saya tunggu dan sama-sama kita saksikan bila hampir 1 billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kementerian kewangan bagi memenuhi hasrat Najib.

Yang jelas, kroni Rosmah akan kaya raya dan yang terus susah dan merempat adalah rakyat Malaysia yang terus menerus dicekik oleh dasar kerajaan yang tidak mesra rakyat.

Atau wang penjimatan subsidi sebanyak RM 700 juta lebih sudah difikirkan lebih awal oleh kerajaan 1Malaysia suami isteri untuk tujuan tersebut ?

9 ulasan:

mahaza berkata...

Sapakah Rosman?

Tanpa Nama berkata...

kalau nak buat wisma wanita guna duit umno, jangan duit kementerian, tektik ini sudah sangat popular, kononnya nak buat projek untuk rakyat sebaliknya untuk kroni-kroni umno. apakah tidak cukup lagi bangunan yang sedia ada bagi keperluan wanita umno?

apa lah nasib rakyat negara ini, dapat pemimpin, bini pemimpin yang meng ULU KAN (meminggirkan)rakyat terbanyak. bila lah nak jatuhnya, Marilah kita sama-sama berdoa agar umno cepat hancur.

Tanpa Nama berkata...

Dalam majilis itu najib turut hadir, yang berucap/merasmikan rosmah, apa dah jadi ni. siapa pemimpin negara sebenarnya? atau ini satu lakonan yang diatur oleh pengarah nya.

Tanpa Nama berkata...

disaat rakyat di himpit kemiskinan terpaksa pula menghadapi kenaikan petrol, gas dan gula apa kejadahnya Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita..harta rakyat digunakan untuk kepentingan politik ...duit rakyat bukan harta mak bapak dia..

Tanpa Nama berkata...

Lepas pembaziran berjuta-juta ringgit menubuhkan tadika permata keluarga, sekarang ni nak bina wisma wanita pulak. Eloklah Najib lantik aje bininya tu jadi menteri kabinet, menteri pembangunan wanita nombor 1, sharizat jatuh no. 2

Tanpa Nama berkata...

Dia ingat negara ni keluarga dia punya..

WANITA RAKUS MEMIMPIN NEGARA berkata...

RAKYAT DIDAHULUKENAKAN,

PECACAI DI UTAMAKAN,

NEGARA 1MALAYSIA INI SEKARANG DIPIMPIN OLEH KERAJAAN ROSMAH MANSOR DAN TIMBALANNYA NAJIB TUN RAZAK.

budak pencen berkata...

Penat la macam ni,bini Perdana Menteri ambil tugas Menteri Pembangunan Wanita.Hari2 keluar
tv resmi itu,resmi ini lebih pada PM.Ada gaji
ke dia ni.Pikir2 lah sikit orang diluar ni sudah semakin meluat tengok demo.Contohi lah
Toh Puan Siti Hasmah,dia tidak terkedepan dlm
segala hal,bersifat keibuan dan tidak pemboros.
Ingat sikit kena strok,sakit jantong habis!

Tanpa Nama berkata...

"Bini didahulukan rakyat dipijak-pijak" zaman najib ni, nampaknya bini yang lebih-lebih