20 Julai 2010

Sultan Kelantan dijangka pulang awal

7 Syaaban 1431 H
Oleh: rizal Tahir

KOTA BHARU, 18 Julai: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dijangka akan pulang lebih awal berbanding tarikh asal dari menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, dalam kenyataan medianya memberitahu pada asalnya baginda dijangka pulang pada 21 Julai ini.

“Bagaimanapun Pemangku Raja akan mengatur penerbangan pulang baginda Sultan secepat mungkin dan baginda juga begitu perihatin terhadap kesihatan ayahandanya.

“Pemangku Sultan begitu gembira dengan perkembangan kesihatan tuanku setelah selamat menjalani prosedur anglogram dan angioplasty pada 17 Julai lalu,” ujarnya lagi.

Menurut Halim lagi, keberangkatan baginda ke hospital berkenaan pada 15 Julai lalu bertujuan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

Sehingga kini, baginda masih menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di hospital berkenaan.

Sambungnya lagi, Pemangku Raja juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ayahanda baginda.

“Pada masa yang sama baginda turut berharap rakyat juga sama mendoakan yang terbaik kepada ayahanda baginda,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: