24 Julai 2010

SAMAN EKOR: KERAJAAN ZALIM KEPADA RAKYAT

11 Syaaban 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan sikap kerajaan yang di tunjangi oleh Umno / Barisan Nasional (BN) kerana menutup telinga berkaitan saman ekor yang jelas zalim terhadap rakyat terutama di dalam usaha kerajaan yang telah menguatkuasakan ‘penyelarasan subsidi’.

Tindakan tidak bertimbang rasa ini amat menyecewakan rakyat yang kini di tambah dengan beban ‘penyelarasan subsidi’ yang tidak langsung perihatin terhadap permasalahan rakyat. DPPN Pk berharap kerajaan memberikan perhatian yang serius berkaitan saman ekor ini kerana ianya jelas tidak berperinsipkan Undang-Undang yang adil.

DPPN Pk mempersoalkan saman ekor ini kerana pihak kerajaan sengaja mengkambing hitamkan rakyat demi mendapat pendapatan daripadanya yang tinggi setelah kerajaan menutup semua ruang untuk rakyat berharap ehsan. Umno / BN jelas telah menutup ruang untuk rakyat bagi merayu ehsan bagi meringankan bebanan yang sekarang ini tentunya telah meningkat.

DPPN Pk menyeru seluruh rakyat yang belum mendaftar sebagai pemilih, hendaklah mendaftar segera dengan wakil SPR. Dengan demikian, rakyat dapat terjemahkan kemarahan kepada Umno / BN yang mengatakan ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’ dengan mengundi Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti mengutamakan kepentingan rakyat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berbanyak le bersabar, kita akan ubah semua ni pada PRU 13, biarkan lahanat2 UMNO, pencacai UMNO JPJ, PDRM, SPRM bermaharajalela waktu ini, kita akan ubah semua ni dalam PRU 13, kita ubah semua, kita ubah big2 boss yang sekarang ni dok jadi barua UMNO

Raziq Najab berkata...

Sama2lah kita tidak menghalalkan apa2 bentuk kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita semoga ALLAH akan menghinakan mereka di dunia & di Akhirat!!!

Tanpa Nama berkata...

setuju, inilah yang perlu dilakukan oleh PR. Tak perlu nak marahkan UMNO yang memang pun dah kena marah. Pastikan isu sebegini dapat memenangi hati rakyat. Saman ekor ni memang dah Allah tentukan untuk membuktikan kepada rakyat yang buta supaya celik untuk lihat siapa sebenarnya BN. Kerajaan tak cukup duit untuk BN cekup, so terpaksalah suruh polis buat kerja kotor mereka tu. Merempat kat rakyat

Tanpa Nama berkata...

DPPN Pk seharunya menyeru pengikut dan ahli2nya mematuhi dulu undang2 jalan raya sebelum menyalahklan kerajaan apabila kena saman.. Sama2lah kita mengubah sikap memandu dahulu sebelum berhajat nak ubah kerajaan.. Kalu speed limit tu tulis kelajuan tertentu kat lebuhraya @ mana2 jalan, ikut jer la.. Gerenti tak kena saman broo..

Itu pun tak blh fikir...

Tanpa Nama berkata...

hairan bin ajaib saman ekor undang2 yang tak berjaya,semakin banyak saman semakin banyak kemalangan sila jawab

Tanpa Nama berkata...

akupun ada saman yang tak tahu cam mana leh kene,wal hal aku tahu isteri aku bukan kaki racing ketika memandu.....saman lewat bayar dari rm 30 menjadi kepada rm 100 dalam tempoh 30hari...pening aku tiap bulan nak kasi kat polis...ada 12 saman lak2...sebelum ni tak pernah kene tahan sb saman sb isteri memandu ikut peraturan