11 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS
MASIH lagi isu Umno - PAS. Kali ini `Ulamak Muda' yang baru `berakad' dengan parti sekular Umno pula bersuara. Maka, diulang baca ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada perpaduan. Di selangseli pula rujukan kepada Perlembagaan yang menyebut `Melayu itu Islam'.
Oleh kerana Melayu itu Islam (benarkah semua Melayu Islam?) maka perpaduan Umno dan PAS wajib dilakukan. Itu intipati hujah `Ulamak Muda' Umno. Seterusnya baca di sini.
Adakah Ulamak Muda itu percaya bahawa Islam akan menjadi kuat dan berjaya di daulatkan di negara ini hanya kerana Umno dan PAS bersatu? Atau, tidak percayakah beliau bahawa selama ini Umno lah yang banyak menentang arus kebangkitan Islam, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun MCA dan MIC?
Jika beliau mengkaji sejarah Umno, beliau akan tahu adakah Umno yang dikatakan Melayu Islam itu berjuang untuk mendaulatkan Islam atau tidak.
Benar seperti kata Ulamak Muda itu. Umno mungkin telah melakukan kesilapan, dan PAS harus memaafkannya demi untuk perpaduan Melayu Islam. Masalahnya dosa Umno bukan terhadap PAS tetapi terhadap Islam itu sendiri.
Dan, adakah benar Umno kini insaf terhadap dosa-dosa mereka? Adakah dasar sekular Umno sudah menjadi dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias? Adakah Umno sudah tidak membenarkan akta zalim Akta ISA itu?
Banyak lagi kemungkaran Umno yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang mengaku parti berjuang untuk Melayu Islam ini masih berjalan, malahan ada yang ditambah kemungkaran itu. Tidakkah Ulamak Muda nampak atau mata mereka telah dibutakan?
Kesilapan lama memang boleh diampun samada dosa terhadap Allah mahu pun terhadap PAS, tetapi apa ertinya jika dosa tersebut masih dilakukan berterusan malahan masih berhajat untuk meneruskan dengan kemungkaran yang lain.
Umno masih tidak menyuci tangan-tangan mereka sebelum berjabat salam dengan PAS. Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas bersatu dengan PAS demi Islam mahu pun Melayu. Ini semua tipu helah politik Umno belaka, bahkan Ulamak Muda tersebut juga secara terang-terangan tertipu dengan muslihat Umno itu.
Saya nasihatkan Ulamak Muda ini, serulah Umno terlebih dahulu untuk menerima Islam sebelum menasihatkan PAS berjabat tangan dengan Umno.
Tugas utama Ulamak Muda ini adalah baiki Umno dari dalam terlebih dahulu seperti menyucikan najis dari dalam tong najis.Selepas itu, mereka akan tahu dan kenal siapa itu Umno.

5 ulasan:
SALAMM!!!!entah dari mana asal-usul jenama ulamak muda ni...sapa bgi gelaran tuu.jadi xyeh lah kita sibukan diri nak layan demo.Mana ada ulamak dlm umno,kalau ada ulamak pun jadi setan bisu jer.Ulam mamak bersepah2lah dlm umno,ulamak?Heh..Heh..ulammamak dlm umno..nak tergelak aihh.
Hey Ulama2 dalam UMNO!!!
Berani ke tegur Rosmah Mansor suruh tutup jambul dia tu? kalau yang asas tu pun takut padan mengajar KAFA jelah...
Setuju sangat yang umno telah banyak melakukan dosa terhadap islam dan melayu. yang telah merugikan bangsa melayu dari segi ekonomi dan agama. bagaimana pemimpin umno nak memohon maaf kepada orang melayu dan kepada Allah SWT keatas dosa dosa mereka.
ulama muda?? eh macam mana saya nak daftar diri jd ulama muda.. teringin jugak nak bergelar ulama ni..
Assalamualaikum ulama muda.
Persiapan anda belum mantap. Baca lagi apa yang di tulis di dalam Quran itu berulang kali secara total, barulah anda layak bersuara. Kalau tidak lebih baik jangan bersuara.Lebih banyak anda semua buka mulut lebih banyak kontravasi .
Kalau betul ikhlas nak membetulkan keadaan,cuba debat pasal judi dalam negara, cuba cakap pasal isteri2 pemimpin Islam yang tidak tutup aurat, dan yang tidak punya akhlak sebagai orang Islam. Cuba cakap pasal anak2 pemimpin Islam yang berpoya poya.
Anda sedang duduk dalam UMNO, betulkan akhlak pemimpin UMNO yang hidup penuh pembaziran.
Yang amat ketara, di dalam Al Quran ada menyebut bahawa jangan bersahabat dengan Yahudi. Berani kah anda menunjuk kan ayat2 tersebut kepada pemimpin teratas? Rasa nya tidak, kerana makanan yang anda suap selama anda bergelar Imam muda datang nya dari mereka ini jadi sudah pastilah anda akan bercakap seperti burung kaka tua.
Catat Ulasan