19 Ogos 2010

JENAZAH ALLAHYARHAMAH ISTERI PJ PERAK SELAMAT DIKEBUMIKAN


8 Ramadhan 1431H
http://misabah.blogspot.com/

Malam tadi juga selepas Solat Isya' di Masjid Raja Nazrin Kg. Rapat Jaya Tambahan lebih kurang 1000 umat Islam memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarhamah Siti Rafeah bt. Hj Ramli 56 tahun isteri Ust. Abu Bakar Husein, PJ Perak. Solat Jenazah diadakan sejurus selepas sahaja selesai Solat Isya' dengan dimami sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Husein..

Jenazah Siti Rafeah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Rapat Jaya Tambahan dengan Ustaz Abu Bakar Husein sebagai suaminya sendiri membacakan talqin dan memimpin bacaan tahlil. Orang ramai sebak dan kagum dengan ketabahan serta kesabaran Ust Abu Bakar Husein walaupun kesedihan tetapi masih mampu mentalqinkan isterinya dengan lancar dan jelas dan ada ketikanya sebak.

Pimpinan PAS negeri Perak, Ulama, Pemuda & Muslimat kelihatan ramai yang hadir memberi penghormatan dan takziah. Tidak ketinggalan juga pimpinan PKR dan DAP Negeri dan seluruh Adun-adun serta Ahli-ahli Parlimen PR ramai memberi penghormatan dengan berada di beranda masjid di ketika umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Antara yang kelihatan YB Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng, YB Chan Lee Kang, Adun Simpang Pulai, YB Sum, Adun Bercham dan yang lain-lain. Turut kelihatan di perkuburan memberi penghormatan ialah pimpinan dan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.

Sebelum itu, seluruh lapisan masyarakat di sekitar Ipoh khususnya dan Perak sejak awal petang lagi berduyun-duyun menziarahi Allahyarhamah di Kediaman Ust Abu Bakar Husein yang tidak jauh dari Masjid Raja Nazrin. YB Dato' Ngeh, YB Nga, YB Sivakumar dan beberapa yang lain antara yang kelihatan di kediaman Ustaz Abu Bakar Husein.

Urusan pengkebumian jenazah selesai kira-kira jam 10.30 malam. Namun orang ramai yang tidak sempat menunaikan solat Jenazah dan menyaksikan pengkebumian tetap terus berkunjung ke rumah Ustaz Abu Bakar Husein untuk mengucapkan takziah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah, semoga Ustaz dan keluarga ditabahkan hati. InsyaAllah syurga untuk isteri2 yang solehah seperti ustazah. Amin.