8 Ramadhan 1431 H
Oleh: Rizal Tahir
KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.
“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.
“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.
Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.
Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.
“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.
Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.
Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.
Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.
Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.
Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.
Harakahdaily/-

8 ulasan:
kenapa UMNO tak tentang wang token dipusat hiburan dan penjudian utama negara? fungsinya sama dengan dinar dan dirham tetapi tak bernilai?
kalau UMNO ikhlas tutup saja perjudian genting highland kerana tak menggunakan wang RM...
dinar dan dirham boleh dijadikan asas kukuh sistem kewangan pakatan rakyat keputrajaya insyaallah PRU13
sistem kewangan negara dah ketinggalan zaman, nilai ringgit sentiasa jatuh tak bangun-bangun.
bukan setakat sistem kewangan negara dah lusuh, BN juga patut diganti kerana warisan penjajah british
UMNO parti perkauman sempit kerana bukan bela melayu tapi tindas melayu dan islam, tauke judi buat semua betul, kalau islam buat semua salah, majoriti tahanan ISA ialah umat Islam
bagus tu Tok Guru!!
Alangkah manisnya kalau kerajaan negeri Kelantan mengimplimentasikan pembayaran gaji/biasiswa/pinjaman kepada semua rakyat Kelantan yg bekerja/belajar di dlm atau di luar ng Kelantan dgn dirham dan dinar serta merta. Ramai rakyat Kelantan pun bukan kerja/belajar di Kelantan. Ramai yang bekerja/belajar/ berniaga di luar ng Kelantan.
Klau Tok Guru bersungguh-sungguh la, bukan main-main.
apa saja yg kerajaan kelantan nak buat ada saja
yang ganggu.spatutnya biarlah buat dulu,kalau
tak jadi baru komen.yang sedihnya abg awang yg ada kuasa dipusat asal dari kelantan tu lah kepala pengat!nak tunjuk bijak bukan saja komen
orang tapi bersama beri pandangan tambah baik.kalu asyik berfikiran lagu tu lagi payahlah abg awang nak curi hati rakyat bachok.
Catat Ulasan