12 Ogos 2010

Kerajaan tarik balik senarai hitam saman ekor

1 Ramadhan 1431H.
Harakahdaily

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya dari PAS sendiri.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.

Pada 5 Ogos lepas, beliau bersama rakan-rakannya ke pejabat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Namun, hanya setiausaha akhbar menteri berkenaan bertemu dengan mereka.

Jawatankuasa berkenaan juga telah mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

Semalam, 10 Ogos, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia membantu rakyat memperjuangkan hak mereka.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," kata Mahfuz pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini 2 Ogos lepas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penting suara rakyat di parlemen, umno/bn kecut perut, rakyat akan dapat menafaatnta. hidup rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Saya berusia 58 tahun, pesara pengurus kanan sebuah bank.Dah lama memeram rasa sakit hati kpd BN, tapi sejak BN kenakan tax haram saman ekor melalui JPJ...maka mendidih darah ini. Sudah lama BN merompak wang rakyat dgn pelbagai cara, termasuk menyalahguna kuasa terang terang dlm syarikat syarikat kerajaan/ PKNK dan cukai individu dsbnya, sekarang,menyuruh rakyat bayar tunggakan sejak 5 tahun ...hei! ini kerja dgila BN, gilaaaaa. ia menampakan BN kemaruk duit rakyat!betulah kata Idris Jala...negara dah nak bankrap!
Dulu.Kini dan selamanya Rakyat di jadikan hamba dan barua oleh penyangak dlm BN demi kayakan anak bini dan keluarga serta kroni dgn alasan berjuang untuk agama bangsa dan negara!!Sudahlah wahai rakyat Malaysia, hancurkan BN, jangan undi mereka lagi...jika anda semua terusan jadi barua BN, anak cucu sdra akan lebih dibaruakan lagi oleh penyangak BN

Tanpa Nama berkata...

Nak saman boleh tp bglah bukti & saman mestilah sampai tidak lebih dr 7 minggu. ini 2002 punya saman ekor, 8 thn baru dapat, apa kes? Mana nak ingat siapa bawa kereta, betul ke tempat itu dilalui... baik kena saman road-block mcm ni. Bodoh punya pemerintah... Saya bukan marahkan prebet tp pengarah2, menteri2; Tak tahu KPI atau tak ada procedure ke buat kerja? Sia2 aje bayar gaji mahal2, kerja teruk juga. Ingat gaji u all, kami yang bayar