06 Ogos 2010

Selangor alu-alukan tawaran kerajaan Pahang

24 Syaaban 1431 H

Kerajaan Selangor mengalu-alukan tawaran dan kesanggupan Pahang untuk membina loji rawatan air bersih bagi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) seperti yang diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan, tengah) berkata, Selangor tetap dengan pendirian bahawa PPAMPS yang dianggarkan berharga lebih RM8 bilion ini tidak perlu dibina secara terburu-buru kerana yakin bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.

"Projek penyaluran air mentah antara dua negeri ini juga sepatutnya boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga proses penstrukturan semula industri air di Selangor selesai dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam hari ini.

Air cukup hingga 2019

Beliau berkata, kerajaan Selangor sangat yakin penangguhan sementara pelaksanaan projek itu tidak akan menjejaskan bekalan air kerana kajian yang dilakukan mendapati bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.

Katanya, kerajaan Selangor juga sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari sumber alternatif lain yang tidak memerlukan kos tinggi seperti memproses air hujan, sumber air bawah tanah dan paling utama mengadakan langkah-langkah untuk menurunkan lagi kadar air tidak membawa hasil (NRW).

"Kerajaan pakatan rakyat kesal dengan sikap kerajaan persekutuan yang sengaja menggunakan isu krisis bekalan air sebagai tekanan kepada Selangor supaya menerima pelan penstrukturan semula industri air yang dicadangkan persekutuan," katanya.

Abdul Khalid berkata rundingan untuk mengambil alih industri air ini akan terus dilakukan walaupun banyak halangan dikenakan kerana kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat.

Semalam, Adnan berkata Pahang boleh membina loji berkenaan di kawasan yang sesuai di sempadan Pahang-Selangor.

"Kalau Selangor tidak mahu buat loji rawatan air di sebelah negerinya, kita sanggup buat di negeri kita, iaitu bersempadan Selangor.

"Kita tiada masalah, kita boleh rawat air dan Selangor kena belilah (air), kalau tak nak beli sekarang, tahun 2014 dia kena beli juga," katanya.

Tee masih ahli majlis

Sementara itu, Abdul Khalid hari ini mengesahkan telah menerima surat dari Jawatankuasa Disiplin DAP yang meminta supaya melucutkan jawatan Tee Boon Hock sebagai ahli majlis Perbandaran Klang berikutan kes salah guna kepala surat seorang anggota exco negeri yang didedahkan baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan masih menunggu hasil siasatan dari Jabatan Audit Negeri.

“Tee kini sedang bercuti sehingga siasatan selesai," katanya. Jumaat lalu, Tee dipecat dari DAP berhubung isu berkenaan.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar Pahang bina, tapi Selangor jangan janji nak beli air dari depa jika tidak perlu. Jangan jadi macam industri tenaga elektrik negara, kalau bekalan cukup pun kerajaan kena beli.

Cuma yang musykil, laporan di TV3 menunjukkan masalah pembangunan prasarana penduduk di Pahang rasanya kritikal sampai ada yang menangis sebab tak dapat bekalan air di Felda. Tambahan pula jambatan-jambatan gantung di Pahang banyak yang uzur. Projek jalan raya ke kawasan pendalaman masih tak nampak hasilnya, rasanya perkara-perkara ini yang lagi perlu didahulukan oleh kerajaan Pahang dari bimbangkan negeri jiran.

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai rakyat negeri pahang rasa terkilan dengan tindakan MB yang ingin menyusukan kera,padahal anak depan atas pangkuan menangis teresak-esak.Saya merasai bila balik kampong untuk beraya di kampong saya di Bentong selama lapan tahun tak pernah ada air.Selain apa yg dilihat di TV3(Aduan rakyat)banyak lagi kawasan dipahang yang bermasaalah air.BAIK SUNGGUH MB PAHANG NI DENGAN RAKYAT SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak segerakan projek yang boleh masuk dalam poket sendiri, rakyat sekarang dah tak bodoh

GEDEBE berkata...

bukan baik namanya tu... itu mb bodoh... adalah tu muslihat yang nak dibuat... puak2 sesat umno ni bukan boleh dipercayai... ada je niat jahat dalam kepala hotak diaorang... lagi jahat daripada yahudi lebih jahat dari setan.... cuma orang melayu je yang tak sedar diri, masih lagi pangkah umno... bodoh...bodoh