23 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abd Jalil Ali
Terus terang saya tidak kenal, malah tidak pernah mendengar pun nama Teo Nie Ching sebelum ini. Rupa-rupanya dia seorang wanita bertubuh langsing, boleh tahan juga wajahnya, dan bergelar Yang Berhormat. Beliau ialah Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang.
Sehari dua ini namanya naik, dan sekelip mata beliau dikenali bukan sahaja di Parlimen yang diwakili, malah di seluruh negara. Beliau disebut bukan sahaja oleh rakyat biasa di kawasannya, tetapi juga oleh para pemimpin kerajaan dan pembangkang, termasuk Perdana Menteri.
Kalau tidak kerana YB berkenaan masuk surau Al-Husna, Kajang, mungkin tidak ramai orang mengenalinya. Niatnya ke surau itu tentu sekali baik, iaitu untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat. Biasalah wakil rakyat menyampaikan sumbangan menjelang hari raya.
Kesilapan beliau ialah masuk ke dalam surau, dengan tidak menutup aurat. Beliau berkebaya, nampak sopan, tetapi mendedahkan rambutnya. Agaknya wakil rakyat Cina itu tidak tahu bahawa rambut juga dikira aurat, dan perlu ditutup. Untuk memburukkan lagi keadaan, Teo dibenarkan pula berdiri di ruang solat utama, dan memberi ucapan ringkas.
Itulah kontroversi terbaru yang sempat menghangatkan suasana puasa dan hari raya kita. Kata sesetengah ulama orang kafir tidak boleh masuk tempat solat Islam, lebih-lebih lagi di ruang utama, dan tidak menutup aurat pula. Ada yang menganggap ini sebagai mencemar kesucian rumah ibadat orang Islam.
Ada pula ulama kata tidak salah orang kafir masuk ke masjid atau surau. Mereka kata zaman Rasulullah dulu orang kafir Quraisy bukan sahaja dibenarkan masuk masjid, malah diberi makan dan boleh tidur di situ. Kalau mereka tidak menutup aurat pun tidak salah sebab yang diwajibkan menutup aurat adalah orang Islam.
Biarlah bijak pandai agama menentukan mana yang salah dan mana yang betul. Kalau itu sesungguhnya satu kesalahan, maka patut sekalilah YB berkenaan dikenakan tindakan yang wajar mengikut undang-undang yang ada. Dan ini sepatutnya dijadikan panduan untuk YB-YB bukan Islam yang lain. Sepatah kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek.
Saya lebih tertarik untuk bercakap mengenai rambut wakil rakyat itu yang didedahkan ketika masuk surau. Sebab ada NGO Islam yang nampaknya marah betul Teo membuka kepalanya ketika berdiri di ruang solat utama. Mereka kata ini satu penghinaan, dan kesucian telah dicemari.
Apakah betul begitu? Kalau betul rasanya ini bukan kali pertama terjadi, dan pasti Teo bukan orang pertama mencemar kesucian tempat ibadat kita. Sebenarnya dalam hal tutup kepala, masjid dan surau kita sudah sekian lama dicemari dan tidak dihormati. Dan, mencemari bukan orang kafir tetapi oleh orang Islam sendiri.
Saya kerap menyaksikan orang kita kahwin di masjid, termasuk di beberapa masjid terkenal di Kuala Lumpur. Di sinilah saya melihat di hadapan mata, orang kita tidak sedikit pun menghormati tatatertib di rumah Allah itu. Mereka yang datang, terutama wanita, ternyata tidak prihatin – mungkin juga mereka tidak mengetahui hukum agama, sama seperti orang bukan Islam.
Bukan salah menjadikan masjid atau surau tempat bernikah. Malah itu mungkin lebih baik sebab mengikat kasih sayang dua insan di rumah Allah. Apa yang salah ialah apabila yang hadir pada majlis tersebut tidak menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. Ramai yang tidak menutup rambut, betul-betul sama seperti Teo masuk surau Al-Huda.
Walaupun di kebanyakan masjid ada peringatan bertulis supaya mereka yang masuk menutup aurat, pada majlis pernikahan amaran itu seperti tidak dipedulikan, dan para pegawai masjid pun tidak berbuat apa-apa apabila ada yang masuk ke dewan solat utama dalam keadaan mendedahkan.
Satu hujung minggu beberapa hari sebelum puasa saya menghadiri upacara akad nikah di sebuah masjid besar di Kuala Lumpur. Mempelai adalah dari keluarga berada dan bergelar. Ada sekitar 50 orang hadir pada majlis tersebut, sebahagian besarnya wanita. Ramai mendedahkan rambut, tidak bertudung walau sedikit pun. Malah ada seorang dua macam megah menayangkan rambut yang telah diwarnakan. Mungkin besar belanjanya mendandan rambut di salun terkenal, sebab itu rasa membazir pula sekiranya yang diset mahal itu tidak ditontonkan kepada umum.
Ramai juga hadir hanya menutup sebahagian kepala. Berselendang, tetapi rambut bahagian hadapan dibiarkan terjurai di atas dahi. Apakah pada hemat mereka bahagian hadapan rambut yang berambu-rambu itu tidak termasuk aurat? Atau, mereka sengaja memperlekeh masjid?
Ada juga hadir bukan sahaja mendedahkan rambut, malah berpakaian mendedahkan lengan, dan apabila duduk bersimpuh kelihatan jelas betis yang putih melepak. Memang saya berdosa masuk masjid dengan mata liar begitu! Tetapi kalau tidak didedahkan, mungkin tidak ada orang akan tengok.
Saya sama sekali tidak menyokong YB wanita DAP masuk ke surau dengan rambut terbuka. Maka, tidak bersetuju jugalah saya pada wanita Islam sendiri yang masuk ke masjid berkeadaan seperti wakil rakyat kafir itu.
Sinar Harian/-

11 ulasan:
Saya menentang siapa saja sama ada Islam atau bukan Islam tak kira parti masuk masjid atau tempat ibadah Islam tanpa menutup aurat.Saya juga menentang keras penggunaan tempat2 ibadah untuk tujuan politik kepartian secara langsung atau tidak apatah lagi ianya dilakukan oleh orang yang bukan Islam.
Kepentingan agama melangkaui kepentingan parti.Titah umara'(sultan)juga jangan diperlekehkan.
Mufti mana pulak ni?
macam mana dengan nabi kita yang berpolitik dalam masji tu tolong jawab si bebas berkata
dulu masa orang islam masuk masjid surau dgn aurat terbuka..hang pa tak nak bising...ni orang bukan islam masuk...hang nak bising...pirah...nak berpolitik tak bertempat.
yang mengaku Islam pun tak tutup aurat...Quran mana depa pakai? Tolong jawab sikit Tuan Mufti Al Sana...
tak perlu didebatkan lagi..cuma baca disini...http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid...segala kemusykilan akan terjawab
Sebagai seorang MP serdang, Teo Nie Ching seharusnya mengetahui 'protokol' sebelum buat sesuatu. Ini kerana melibatkan sensitiviti politik sekarang yang akan mencetuskan manipulasi perkauman dan agama. Sikap jahil ini bukan saja terdapat dikalangan bukan islam malah juga dilakukan oleh orang islam sendiri ketika menghadiri majlis perkahwinan dimasjid. Amalan menghormati agama dan adat resam sendiri dan semua bangsa telah dicagarkan kepada motif politik dan gaya hidup yang penuh kejahilan.
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/BN!
HUMBANKAN MEREKA KE LONGKANG PADA PRU13 NANTI!!!
Islam ni UMNO punyer sorang ker???
Aku nak tanya sikit, siapa yang bina masjid, yang pasang karpet masjid, yang jahit sejadah masjid, yang pasang pa system masjid. Rasa aku payah nak jumpa orang Islam yang buat semua ni. Korang cerita orang bukan Islam hina Islam, tapi yang Islam hina Islam korang tak nak buat apa2 ke. Pergi tgk kat taman2 bunga, kat shoping komplek, anak2 siapa yang ramai.
sedih tengok umat islam bangsa melayu di malaysia hari ini bertelagah,kutuk-mengutuk,fitnah-memfitnah dalam berpolitik.Semacam tidak ada perpaduan langsung antara UMNO,PAS dan PKR masing2 semuanya beragama yang sama iaitu Islam sepatutnya mempertahankan agama,bangsa dan negara bersama2, ini tidak masing2 mengikut emosi ingin menegakkan merekalah yang betul,pandai,berwibawa tidak ada idea ke nak bersatu wujudkan satu parti saja tukar jenama UMNO,PAS dan PKR jangan hanya gilakan kuasa dan imbuhan saja rakyat yang merana ingat!!... bala Allah akan tiba jika kita sesama umat bertelagah.
Catat Ulasan